Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, January 28, 2013

ANWAR IBRAHIM TERUS MERANA KECEWA DAN HAMPA



ORANG yang paling kecewa dengan Himpunan Shamsidar Sabtu lalu sudah pastilah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebagai "ibu" segala perhimpunan baik haram mahupun "halal" anjuran pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), sudah pasti Anwar mengharapkan suatu impak yang besar kepada kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Malangnya perhimpunan yang menggabungkan lapan tuntutan pembangkang sebelum ini antaranya isu Lynas, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeri (PPSMI), tuntutan pilihan raya bersih dan adil (Bersih), isu Felda dan tuntutan royal minyak Kelantan berlangsung dalam keadaan aman tenteram. Tiada sebarang rusuhan, pertempuran polis dengan para peserta mahupun tangkapan terhadap para pemimpin mereka. 

Biarpun ramai yang menarik nafas lega, khususnya warga ibu kota kerana perhimpunan tersebut tidak mengulangi peristiwa hitam ketika himpunan Bersih 2.0 sebelum ini, namun bagi Anwar sudah pasti ia memberikan gambaran yang tidak elok buat pembangkang menjelang PRU-13 ini.

Tiadanya rusuhan dan kejadian polis melepaskan gas pemedih mata, tiada kes-kes para pendemonstrasi dibelasah polis atau berlakunya kematian ketika perhimpunan tersebut berlangsung menyebabkan ia tidak mendapat perhatian media-media asing Barat.  Ini sekali gus menyebabkan usaha pembangkang untuk mewujudkan suasana tegang ala "Arab Spring" tidak menjadi kenyataan.  

Hal ini sudah pasti membuat Anwar kecewa kerana beliau sentiasa mahu melihat adanya kekecohan dan rusuhan setiap kali perhimpunan seperti ini sebagai modal beliau untuk melobi pihak Barat agar masuk campur dalam urusan negara ini. 

Ucapan-ucapan provokasi oleh beberapa pemimpin pembangkang termasuk Mohamad Sabu, Azmin Ali dan lain-lain di beberapa lokasi antaranya KLCC, Pasar Seni, KL Sentral dan Masjid Negara bagi  membangkitkan semangat  para penyokong dan peserta serta perarakan ternyata gagal memanaskan keadaan, walaupun cuaca di ibu negara hari itu panas terik.

Perhimpunan yang berlangsung dalam keadaan sejuk dingin ini sudah pasti tidak membawa sebarang impak kepada pihak pembangkang dalam usaha meraih simpati rakyat. Keadaan itu juga menggagalkan usaha Anwar untuk menunjukkan sekali lagi kepada dunia tentang kekejaman dan ketidakadilan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, sekali gus membolehkan kuasa Barat campur tangan dalam pemerintahan negara ini.

Pendekatan yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan semua pihak berkuasa dalam menghadapi Himpunan Shamsidar kali ini menjadi penyumbang kepada keamanan perhimpunan tersebut. Tiada sekatan pagar berduri, kehadiran trak-trak Unit Pencegahan Rusuhan (FRU) dan begitu ramai anggota beruniform menyebabkan perhimpunan tersebut hambar.

Sebaliknya kehadiran sejumlah kecil polis hanyalah untuk mengawal lalu lintas bagi memastikan warga kota tidak terjebak dengan kesesakan lalu lintas. Di samping itu, sebahagian anggota polis pula bertindak sebagai penunjuk kepada para peserta himpunan yang kebanyakannya datang dari seluruh pelosok negara.

Bagi menampakkan Himpunan Shamsidar lebih memberi impak khususnya sokongan daripada rakyat, maka media-media propembangkang mula menjaja cerita palsu mengenai jumlah kehadiran peserta. 

Malaysia Insider melaporkan seramai 80,000 orang menghadiri himpunan tersebut tetapi Malaysia Kini pula seramai 100,000. Keadilan Daily pula jauh lebih tinggi iaitu sehingga 700,000. Sedangkan berdasarkan kapasiti stadium dan kawasan sekitarnya, dianggarkan jumlah peserta sebenar hanya antara 50,000 hingga 60,000 orang sahaja.

Tidak cukup dengan statistik palsu, blog-blog propembangkang pula memainkan peranan menyebarkan gambar-gambar yang sudah diubah suai untuk menampakkan jumlah penyertaan yang berlipat kali ganda daripada jumlah sebenar.

Apa pun nyata strategi kerajaan yang "membiarkan" puak pembangkang berdemonstrasi di kawasan tertutup seperti stadium dan bukannya di jalanan atau Dataran Merdeka ternyata membuahkan kejayaan. Malahan ia juga membuktikan keberkesanana Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diluluskan tahun lalu.

Himpunan Shamsidar yang juga ibu segala perhimpunan pembangkang ternyata gagal memberi impak kepada parti itu sebaliknya ia membuktikan bahawa rakyat semakin muak dengan strategi politik kuno zaman 70-an yang menjadikan demonstrasi jalanan dan mogok lapar sebagai taktik meraih sokongan rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

bontot oh bontot di manakah dikau oh bontot jantan... aku gian lubang taik jantan - anwar ibrahim

hikhikhikhik.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa