Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, December 05, 2012

SELAPAS PKR, DAP PULAK IKAT HUBUNGAN DENGAN ISRAEL!!!



Nampaknya kejadian salah seorang ahli DUN Pulau Pinang yang gagal menghadiri sidang dewan pada 1 hingga 9 November lalu ada cerita lain disebaliknya. Y.B. Koay Teng Hai yang merupakan wakil rakyat kawasan DUN Pulau Tikus dilaporkan telah gagal menghadiri sidang DUN dan sedang diambil kira untuk dikenakan tindakan tata-tertib oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Ketidakhadiran seseorang wakil di DUN atau Parlimen sememangnya bukanlah perkara asing di Malaysia, namun sebab musabab seseorang itu gagal hadir sememangnya harus dipersoalkan. Sedang situasi politik Malaysia sedang hangat membincangkan isu-isu pilihanraya yang bakal menjelang ini, DAP pula sibuk dengan politik negara luar.

Y.B. Koay Teng Hai diberitakan tidak dapat hadir ke sidang DUN tersebut kerana menghadiri satu program yang dianjurkan oleh agen-agen kerajaan Amerika Syarikat di negara dokongan Yahudi tersebut. Program yang bertajuk “US Election: A Project For Young Political Leaders” yang telah disokong oleh kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Program yang berlangsung dari 29 Oktober hingga 16 November itu diadakan di Amerika Syarikat dan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan “Uncle Sam” tersebut. Kononya Koay yang juga Pengerusi Kelab Penyokong ADUN Kerajaan Pulau Pinang, gagal pulang awal ke Malaysia disebabkan oleh Taufan Sandy yang melanda Amerika Syarikat pada waktu tersebut.

Apakah kepentingan DAP di Amerika Syarikat sehingga salah seorang dari ahli DUN mereka sanggup ponteng dari menghadiri sidang untuk menyertai sebuah program kerajaan asing? Adakah ini merupakan satu klu kepada penglibatan langsung kerajaan Amerika Syarikat kepada perjuangan DAP di Malaysia? Ataupun puak-puak pembangkang DAP yang sehingga kini sibuk ingin melaksanakan sistem Presiden tanpa Raja di Malaysia sedang giat memperlajari teknik sistem tersebut untuk ditiru di Malaysia suatu hari nanti?

Walauapapun alasan Koey atas kegagalan beliau untuk menghadiri sidang DUN Pulau Pinang, beliau perlu memberikan jawapan kepada seluruh rakyat Malaysia atas dasar apa beliau mengikuti program kerajaan dokongan Yahudi tersebut. Kita perlu ingat bahawa Pulau Pinang masih lagi sebahagian dari persekutuan Malaysia, ia tidak mempunyai apa-apa kuasa diplomatik jika ingin berurusan dengan wakil-wakil dari kerajaan luar.

Terkini kononya Koay akan diambil tindakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang atas kegagalan beliau menghadiri sidang DUN tersebut. Namun, pada hemat penulis tindakan disiplin yang dikenakan keatas Koay ini hanyalah untuk menutup mulut ahli DUN Barisan Nasional yang akan menyerang kebiadapan Koay. Kita perlu sedar, sungguhpun Koay tidak hadir, beliau tidak akan dikenakan tindakan keras dari pihak kerajaan negeri. Namun dari satu sudut berbeza, kepulangan Koay dari Amerika Syarikat telah mengukuhkan DAP sebagai salah satu proxy tidak rasmi di Asia Tenggara. 
--MYKMU

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa