Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, December 29, 2012

PANAS: MENTERI UMNO DIKESAN BERI KERJASAMA DENGAN PEMBANGKANG!!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu. 

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di sini, Sabtu. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Dis. 

Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno daripada sudut akidah. 

Presiden PAS itu Sabtu berkata beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan. 

Ditanya mengenai masalah masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus akibat masalah teknikal, Rais berkata ia bukan kesalahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

Katanya syarikat telekomunikasi harus memberi penjelasan lengkap kepada pengguna mengenai masalah itu dan menyatakan jumlah talian terputus dialami pengguna telefon bimbit pada setiap bulan. 

Berhubung cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin supaya kerajaan tidak meletakkan had pada harga telefon pintar 3G bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rebat sebanyak RM200, Rais berkata beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet pada 2 Jan depan. 

Mengenai persiapan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka, Rais berkata beliau berpuas hati dengan raptai yang lancar. 

Beliau berkata Dataran Merdeka dipilih untuk majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas, sambutan Tahun Baru 2013 serta acara Larian Tahun Baru 1Malaysia pada 31 Dis ini kerana ia adalah lokasi bersejarah untuk negara. 

"Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru diadakan serentak kali ini untuk memberi kelainan dan menyemarakkan semangat perpaduan semua kaum di Malaysia selari dengan gagasan 1Malaysia," katanya. 

Beliau berkata Ketua Paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam turut dijemput untuk mewakili masyarakat Kristian pada rumah terbuka itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

Anonymous said...

Bukankah depa ni tak tengok saluran TV3 dan RTM? Kenapa pulak sekarang ni Aji Adi nak guna saluran RTM, TV3?

Anonymous said...

Rais Yatim patut biarkan Mufti dan ahli agama yg selesaikan..Jangan buat rakyat meluat pada Umno lagi..
Ubah kalau tak mau diubah....

Biar Mufti selesaikan...Ingat !
Dah 20 tahun Umno kaku dalam hal ini..skrg tak perlu sibuk..biar pakar selesaikan..

Pls no politikal mileage ..jgn cuba cuba...nanti orang meluat lagi.

The World of Islam said...

x payah bagi peluang langsung kat pencacai PAS NI..

Anonymous said...

LU RAIS YATIM BAIK LU DUDUK DIAM2 JER
JGN SIBUK NAK MENONOJOLKAN DIRI
RAKYAT DAH MENYAMPAH LA TGOK MUKA KO DAN BINI KO
HARAP PRU13 NANTI KO TAK LAGI BERTANDING

AKU DAN RAKYAT DAH BOSAN TGOK MUKA KAU............FAHAM....DAH MELUAT TGK MUKA KO......



cibai johor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa