Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, December 27, 2012

NAMA ALLAH DALAM BIBLE:CINA DAP AJAK ORANG ISLAM PERANG???


KALI ini tidak ada sipi-sipi, tidak ada kias-kiasan tapi staright to the point. Penulis merujukkan perkara ini dengan kenyataan terbaru Tokong Joseph Lim Guan Eng seperti disiarkan Malaysiakini sebentar tadi yang terang-terangan mahu kerajaan membenarkan nama Allah digunakan di gereja.

Pedulilah apa pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din dan majoriti besar ulama negara ini tentang hal tersebut (tidak bersetuju) kerana mata dan kepala pengikut PAS, PKR dan DAP hanya nampak kubah hijau Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Lain hal depa dah tak peduli lagi dah.

Yang  penting sekarang, undi 2.8 juta penganut agama Kristian itu (meningkat 10% dari 9% hanya dalam tempoh 3 bulan lepas) perlu dijamin dengan segera dan penggunaan perkataan Allah dalam gereja ini adalah satu-satunya cara untuk mengekalkan sokongan pihak Katolik.

DAP sebagai parti yang dikuasai hampir sepenuhnya mubaligh Kristian tahu tentang itu dan tidak hairanlah kenapa Guan Eng tidak langsung berfikir panjang membuat permintaaan yang dia tahu amat mustahil untuk diluluskan kerajaan sekarang dalam perutusan sempena hari Krismas besok..

Baru 10% tu dan kerajaan sekarang masih lagi dikuasai orang Islam, dah berani nak buat demand yang semacam ini secara terang-terangan.  Bayangkan kalau Anwar menjadi Perdana Menteri, apa macam?  Anwar pulak kita tahu memang penyokong kuat perkataan Allah ini digunakan di gereja (sila rujuk video di bawah).


Bahalol-bahalol yang mengaku Islam dalam PAS sekarang wajib menyokong, lupa dia bahawa dibanding dengan Haron Din yang menentang, Guan Eng bukan pemimpin yang wajib depa patuhi pun!!  Tapi sebab Haron Din tidak boleh bawa puak ini ke Putrajaya, DAP boleh, maka keutamaan itu telah bertukar.

Penulis dah lama tahu bahawa DAP bukan sekadar bawa agenda pluralisme bangsa dan agama, tapi platform politik DAP digunakan pihak tidak bertanggungjawab dalam parti itu untuk menyebarkan sekali agenda Kristianisasi di negara ini.

Buktinya, di beberapa negeri yang mereka perintah atau telur Menteri Besarnya sedang mereka genggam, pemurtadan orang Melayu kepada Kristian berlaku hampir setiap minggu!!

Bila JAIS ambil tindakan, JAIS pulak yang dipersalahkan dan Exco yang bertanggungjawab disingkirkan kerana menjadi penghalang kepada agenda kristianisasi yang dipelopori DAP dan sekutunya, PAS & PKR (sebut Anwar Ibrahim).

Penulis tidak ada masalah Kristian atau mana agama untuk berkembang di negara ini asal bukan di kalangan orang Islam kerana menyalahi perlembagaan, selain perlu ikut peraturan yang sepatutnya,  Bukan senang-senang seret orang Islam masuk gereja untuk dimurtadkan seperti yang pernah dan sedang berlaku sekarang.

Atau dalam keadaan sekarang, timbulkan kekeliruan dengan menggunakan nama Allah swt di dalam gereja.

Rasanya Guan Eng sudah tekan salah butang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa