Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, November 07, 2012

IDRIS HARON BAKAL KETUA MENTERI MELAKA YANG BARU??

Tidak lama dahulu, apabila Datuk Seri Ali Rustam secara terbuka kata beliau berminat untuk pindah ke Pusat  jika diberi peluang dan kepercayaan oleh Perdana Menteri, mulalah orang sibuk bertanya, kalau hasrat Ketua Menteri Melaka itu terkabul, siapa agaknya penggantinya?

Dalam banyak nama, yang sering menjadi sebutan baik di kalangan ahli politik mahupun wartawan ialah Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Wira Idris Haron.

"Cukuplah. Jangan tanya soalan cepumas itu. Dah penat dan malas saya nak menjawabnya," katanya dalam nada seloroh apabila diminta komen mengenai gosip berkenaan yang semakin bertiup kencang.

"Fokus saya sekarang ialah memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang. Saya tak mahu bicara soal kerusi parlimen atau negeri. Yang penting saya nak pastikan BN mesti menang lebih dari dua pertiga majoriti di pusat dan rampas kerusi pembangkang di peringkat negeri.

"Dalam suasana politik hari ini, tak kira apapun rencana kita ataupun hasilnya, bagi saya kemenangan parti dalam pilihanraya lebih penting daripada kedudukan dalam parti. Marilah kita tumpukan perhatian supaya kita menang PRU ke-13 dan ketepikan semua perbezaan pendapatkan dan kukuhkan hubungan.

"Selepas BN memang nanti kita boleh bercakap mengenai sama ada saya bertanding di pusat atau negeri. Sekarang biarlah saya fokus memastikan BN menang dulu, okay," katanya dalam satu pertemuan di Melaka hujung minggu lalu.

Ditanya apakah tindakannya jika tidak terpilih sebagai calon samada di peringkat pusat mahupun negeri dalam PRU akan datang, Idris hanya tersenyum.

Katanya pemilihan calon adalah prerogative Perdana Menteri dan sama ada beliau terpilih atau tidak, hidup mati dan perjuangannya adalah bersama UMNO. Merajuk, berkecil hati atau sabotaj tidak wujud dalam kamus dirinya.

Ditanya jika terpilih sebagai calon, mengapa pengundi harus memilihnya, jawapan Idris mudah sahaja – "Saya akan katakan, anda harus pilih saya kerana sebagai wakil rakyat saya boleh jamin dapat menepati apa yang awak perlukan."

Idris, yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka, berkata, apa yang penting, pada ketika ini belau lega kerana parti pembangkang tidak bertapak di kawasan parlimennya. Malah beliau juga yakin Melaka akan mencapai kejayaan lebih cemerlang pada PRU akan datang.

"Pada 2004 tahap pencapaian Melaka ialah 85 peratus. Kita berjaya merampas Kota Melaka, kerusi parlimen yang tidak pernah dimenangi oleh BN sebelum ini. Kita juga berjaya kurangkan kerusi DAP dari lima kepada tiga.

"Tetapi pada 2008, pencapaian kita merosot kepada 64%. Sungguhpun begitu secara keseluruhan, pencapaian negeri Melaka adalah yang terbaik dibandingkan dengan negeri-negeri lain. UMNO menang semua kerusinya di Melaka. BN kalah 4 kerusi MCA dan satu kerusi Gerakan.

"Kini sasaran kami ialah mengatasi pencapaian PRU 2004. Hubungan antara UMNO dengan parti-parti komponen yang lain amat erat. Di kawasan saya, kami selalu mengadakan program bersama. Saya yakin Melaka boleh kurangkan kerusi DUN dari DAP daripada lima kepada dua," katanya.

Idris bukan cakap kosong apabila dia mengatakan hubungannya dengan pemimpin-pemimpin parti komponen parlimen Tangga Batu adalah akrab. Setelah mengikuti programnya dari pagi hingga malam selama tiga hari, kami dapat melihat di mana ada
Idris, di situ ada pemimpin-pemimpin Pemuda MCA dan MIC.

Malah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di bawah parlimen Tangga Batu juga sering menyokong programnya. Idris berkata beliau bertuah kerana mempunyai Adun-Adun yang rajin bekerja dan prihatin masalah rakyat.

Adun Paya Rumput, Datuk Tahir Hassan, Datuk Yaakob Md Amin (Adun Sungai Udang), Datuk Rahaman Ab Karim (Adun Pantai Kundur) dan Datuk Seet Har Cheow (Adun Klebang) sentiasa bersama-sama Idrisi dalam setiap program yang dianjurkannya. –- AD
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa