Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, November 07, 2012

GADUH BESAR DEPAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG!!!



Enam individu hari ini berhimpun secara aman di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng mendedahkan lokasi rumah berkembar berharga RM415,000.

Salah seorang daripada mereka, Kenneth Quah, 35 berkata beliau berbuat demikian susulan kenyataan akhbar ketua menteri dalam akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini yang mengatakan harga rumah berkembar di sebelah pulau diturunkan sehingga RM415,000.

Quah yang bekerja sebagai pengurus jualan berkata beliau sudah lama teringin memiliki kediaman sendiri.

"Kami sudah puas cari tapi tak jumpa dan sebagai rakyat Pulau Pinang kami rasa tertipu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

"Sejak hari pertama dewan bersidang dua orang wakil rakyat yang bertanggungjawab iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man dan Adun Padang Kota Lama Chow Kon Yeow langsung tak buat apa-apa.

"Sekarang ini, kami nak beri surat celaan kepada Datuk Speaker sendiri kerana kedua perkara melibatkan kepentingan rakyat ini tidak dibincangkan dalam dewan," katanya.

Dalam perhimpunan yang berlangsung lebih sejam yang bermula pukul 12.20 tengah hari itu berlaku sedikit kekecohan apabila Speaker Dewan enggan bersemuka dengan kumpulan berkenaan.- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

BIAR BETUL CERITA NI. IZZAH NUAR SEDANG "PENING KEPALA" BUKAN KERANA "TERMENGANDUNG" TAPI KERANA "TERMINUM TODI BUATAN SENDIRI" JANGAN BIARKAN LGE TIDUR NYENYAK DENGAN BANTAHAN ISU HARGA RUMAH DIPP YG DIKATAKAN TURUN HINGGA RM415K. LGE JANGAN CUBA KENCING RAKYAT PPLAH. DEPA BUAK BODOH MACAM "TELOQ"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa