Acapkali apabila khalayak umum memanggil PAS sebagai anjing DAP, sepantas kilat para pemimpin PAS mencipta seribu satu alasan dan hujah itu ini termasuklah memanipulasi ayat suci Al-Quran serta sejarah Nabi Muhammad s.a.w bagi menafikan dakwaan itu.
Kalangan pemimpin PAS juga akan berusaha mencipta gambaran baik kepada penyokong dan khalayak kononnya hasil hubungan terlarang PAS dengan parti racist Cina itu, telah berjaya merubah watak ekstrim dan sikap keras DAP terhadap Islam dan umatnya.
Realiti sebenar tidakpun seperti yang cuba dipotretkan oleh pemimpin PAS. Bak kata pepatah, jauh langit dari bumi.
Hakikatnya, sebagaimana resam anjing yang sentiasa menurut perintah tuannya, begitulah senario sebenar bila kita membicarakan hubungan haram dua parti pembangkang tersebut.
Malah Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen PAS Sik, Kedah juga telah mengesahkan perubahan ketara yang sedang menghantui PAS tika ini. Katanya PAS telah gagal memimpin PR sebaliknya kedudukannya kini lebih tertakluk pada kehendak DAP.
Menurut Shahnon, “apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam”.
Kenyataan ahli seumur hidup PAS memang terbukti kebenarannya malah tak keterlaluan jika dikatakan status PAS semenjak menjalin kerjasama dengan DAP sama sahaja macam anjing peliharaan layaknya, terpaksa dipimpin tali oleh tuannya dan taat mengikut sahaja perintah si tuan.
Lagipun sejak PAS bersekongkol dengan parti juara kroni dan nepotisme itu, sudah acapkali PAS membuktikan dirinya adalah sebijik sama seperti anjing kepada DAP. Buktinya, bukankah sehingga kini PAS sudah terasa malu alah dan segan-segan untuk mendirikan negara Islam?
Bukan itu sahaja, para pemimpin PAS juga terpaksa mengalah bila pemimpin Cina DAP dan PKR telah berjaya menekan dan memaksa PAS menerima tuntutan mereka yang mahu menggunakan kalimah Allah s.w.t bagi pihak gereja Kristian.
PAS juga semacam hilang jantannya bila mana dengan rela hati menurut sahaja perintah DAP yang mengarahkan botol arak yang dirampas dari Kedai Serbaneka 7 Eleven Seksyen 8, Shah Alam dipulangkan kembali sekalipun sudah termaktub jelas peraturan penjualan arak yang melarang minuman keras dipamer atau dijual dalam kawasan penduduk majoriti Melayu Islam.
Begitu juga semasa heboh isu rumah sembelih babi di Kedah, disebabkan takutnya PAS terhadap kekuatan DAP sama seperti takutnya seekor anjing pada tuannya, maka arahan penutupan rumah sembelihan babi itu ditarik balik oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.
Demikian jua bila kita mengimbas kembali isu kouta rumah 50% untuk orang Melayu di Kedah, akhirnya dibatalkan gara-gara ancaman DAP yang mahu menarik diri dari PR sekiranya PAS meneruskan hasrat menetapkan kuota 50% kediaman khas untuk Melayu Islam.
Paling tidak dapat dilupakan, tatkala menyaksikan pemimpin PAS semacam anjing kelaparan sebulan tidak menjilat tulang, mana tidaknya, bila mana isu hudud menjadi polemik umum, PAS akan segera memberi reaksi tunduk patuh pada bantahan DAP.
Berdasarkan imbasan beberapa fakta-fakta kes di atas, ternampak jelas dan terbukti sudah, selayaknya PAS telah memenuhi tabie seekor anjing peliharaan kalau tidakpun setaraf dengan dengan anjing kurap yang setia dan taat pada tuannya yakni DAP.
No comments:
Post a Comment