Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Recent Posts

Saturday, August 04, 2012

WAJIB BACA:RAFIZI RAMLI CABUL BANK UNTUK JADI HERO



Tidak ramai yang tahu bahawa maklumat sulit adalah antara perkara yang terpenting bagi sistem perbankan. Sebabnya adalah mudah – ini adalah kerana hubungan antara pihak bank dan pelanggan sepatutnya sentiasa sulit.

Rahsia bank adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana pihak bank tidak dibenarkan untuk mendedahkan sebarang maklumat pelanggan kepada pihak berkuasa, melainkan terjadinya perkara-perkara seperti kes jenayah yang telah difailkan.

Rahsia bank banyak digunapakai di negara-negara seperti Switzerland, Singapura dan Luxembourg serta bank-bank ‘offshore’ dan kawasan yang dilindungi daripada cukai dan lain-lain.

Akta yang terbesar bagi perkara ini adalah Akta Bank Swiss 1934, yang memberikan populariti kepada bank-bank Swiss – kerana segalanya akan disimpan sebagai rahsia.

Itulah sebabnya sehingga hari ini, ada beberapa yang mempersoalkan mengenai rahsia bank terutamanya oleh NGO dan kerajaan-kerajaan yang menyatakan bahawa ia menggalakkan kadar jenayah terancang.

Walaupun perkara ini didebatkan, akta ini masih lagi digunapakai dan pihak berkuasa perlu menggunakan jalan lain untuk mendapatkan sebarang maklumat melalui perundangan tertentu.

Malaysia menggunakan undang-undang British bagi maklumat sulit bank dan negara ini telah meluluskan Akta Perbankan dan Insitusi Kewangan pada tahun 1989.  Namun, masih ramai lagi yang mengatakan bahawa undang-undang ini tidak cukup komprehensif bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan.

Di bawah BAFIA, terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti sebelum sebarang maklumat pelanggan boleh dikeluarkan.

Akta ini memastikan agar pegawai-pegawai bank tidak mendedahkan sebarang maklumat pelanggan. Perkara ini juga diaplikasikan kepada mereka yang telah meninggalkan sektor perbankan.

Anda mungkin mempersoalkan bahawa Rafizi dan bekas pegawai bank tersebut berbuat demikian untuk mendedahkan kes rasuah yang melibatkan syarikat NFC.

Anda juga mungkin mempersoalkan bahawa kerajaan perlu melindungi beliau di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Bagaimanapun, bagi perkara ini, apa yang Rafizi lakukan bukanlah sesuatu yang dianggap ringan.

Segala maklumat yang mereka peroleh, oleh seorang yang pernah berkhidmat di sektor perbankan (secara terang telah dilarang oleh BAFIA) telah didedahkan melalui sidang akhbar dan segala maklumat telah didedahkan.

Beliau tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa dahulu; sebaliknya, memberitahu rakyat bahawa pihak berkuasa tidak membuat sebarang siasatan terhadap perkara tersebut.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat adalah satu Akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta, untuk melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan, untuk mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.

Apa yang didedahkan oleh Rafizi adalah sesuatu yang melanggar undang-undang kerana dokumen-dokumen tersebut dilindung dibawah BAFIA dan hanya beberapa individu yang dibenarkan untuk melihat maklumat-maklumat tersebut., mereka tidak dibenarkan untuk membocorkan maklumat tersebut kepada orang awam dan hanya boleh diberikan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

Rafizi bukanlah kes pertama bagi perkara yang melibatkan BAFIA. Terdapat beberapa kes lain yang melibatkan kesalahan yang tidak disengajakan. Bagaimanapun, segalanya jatuh kepada undang-undang.

Beberapa tahun lalu, terdapat kes dimana seorang lelaki telah berjaya menyaman sebuah bank di Malaysia kerana membocorkan maklumat.

Pada April 1997, lelaki ini membuka akaun semasa, akaun simpanan dan akaun deposit tetap di bawah nama beliau dan anak-anak dan telah memberikan pihak bank alamat-alamat tertentu.

Pada 17 Mac 2007, tanpa kebenaran daripada lelaki berkenaan, pihak bank tersebut telah menghantar kenyataan akaun kepada alamat yang salah. Daripada itu, isteri plaintif mendapat tahu bahawa perkara ini telah memberi masalah antara mereka.

PIhak bank mengaku bahawa lelaki ini tidak pernah diberitahu akan pertukaran alamat tersebut dan tidak pernah memberitahu pihak bank agar menukar alamat.

Hakim kemudiannya menyatakan bahawa pihak bank telah menyalahguna maklumat terhadap akaun lelaki ini yang kemudiannya membolehkan beliau mendapat kadar faedah sebanyak 8% setahun.

Dan baru-baru ini, seorang pegawai bank telah dipecat kerana mendedahkan nombor akaun yang melibatkan seorang VIP.

Tiada sesiapa yang lebih tinggi daripada undang-undang, tidak kira Rafizi mahupun pengarah-pengarah NFC.

1 comment:

Anonymous said...

patutnya, dua ekor lembu pkr ini dikenakan dengan hukuman yg seberat2nya, baru padan ngan muka korang! senyum dalam tangis la tu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa