Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, August 04, 2012

PAS BERIMAN KEPADA BUKU JINGGA



KUALA LUMPUR 3 Julai – Pas disaran agar berterus terang dan bukannya terus bermain dengan kata-kata yang penuh retorik berhubung perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hudud di negara ini.

Pendakwah Bebas, Ustaz Toharudin Yaakob berkata kata-kata berkenaan adalah bersandarkan kepada penerimaan mereka terhadap Buku Jingga yang secara terang-terangan tidak mengandungi kedua-dua perkara tersebut.

Tegas beliau jika mereka benar-benar istiqamah dengan perjuangan berkenaan, sudah tentu pemimpin Pas termasuklah panglima-panglima mereka akan melenting termasuklah tindakan menarik diri daripada gabungan pembangkang.

“Inilah yang menimbulkan persoalan dan tentunya umum melihat kepada persoalan ini. Bayangkan berdegar-degar cakap mahu melaksanakan negara Islam tetapi pada masa yang sama menerima Buku Jingga.

“Bukankah peliknya namanya itu dan pemimpin Pas sewajarnya berhenti daripada mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam di negara ini dan mereka perlu ada prinsip,” katanya.

Ustaz Toharudin seterusnya menambah pelbagai alasan dan apa jua yang diberikan ianya sesuatu yang jelas di mana Pas hari ini hanya mahukan kuasa dan menuju ke Putrajaya bersama sekutunya yang lain.

Beliau seterusnya percaya retorik perjuangan Pas dalam soal berkenaan diyakini akan diketahui umum dan Pas akan terus tersepit dengan mainan politik mereka sendiri dalam pilihan raya umum nanti.

“Apa pun yang Pas lakukan,apa pun yang Pas akan buat dan apa pun yang Pas akan berselindung percayalah segala yang diperkatakan hari ini berhubung Negara Islam dan sebagainya adalah sesuatu yang retorik.

“Jika mereka benar-benar ikhlas mereka perlu nyatakan dengan jelas dan terperinci…Negara Islam atau Negara Berkebajikan….Perlu diingat Negara berkebajikan hanyalah sebahagian daripada Negara Islam….Itu sebab saya kata tadi mereka ni penuh dengan hipokrit.

“Paling tidak mereka sepatutnya tidak mengiktiraf Buku Jingga dan tindakan  paling lantang mereka sewajarnya menarik diri daripada gabungan pembangkang bagi membuktikan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan Negara Islam,” katanya. -MediaUMNO

1 comment:

Anonymous said...

Pisaukarat hendak letak dimana
Takut tersepak nanti berkudis
Prinsip PAS semakin hina
Sangup menjual Quran dan Hadis.

Pergi ke kampong bercakap agama
Depan DAP dia TEPOK KEPALA
Dengan KARPELL bila bersama
Junjung pula sibuku JINGGA!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa