Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, August 02, 2012

KHALID IBRAHIM DIKESAN BERSEKUTU DENGAN PENJENAYAH!!!



Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim umum dana khas untuk tanggung kos bagi mendapatkan keadilan untuk Rafizi. Banyak duit untuk belanja ini. Jamin semalam dah Rm 15,000.000.

Wang patutnya digunakan untuk menaik taraf perkhdimatan air di Selangor disalahguna untuk membantu kroni.

Wang itu patutnya digunakan untuk naik taraf perkhidmatan angkut sampah di Selangor yang kini semakin meruncing.

Wang itu patutnya digunakan untuk diberikan kepada anak sekolah seperti yang dijanjikan dalam manifesto PR dalam PRU yang lalu?

Kalau Khalid cuba menafikan bahawa dana khas ini datangnya dari wang pembayar cukai, adakah dia berani untuk tunjukan bukti??

Jika pun dana itu datang dari “keuntungan” (jika ada) perlaburan negeri Selangor, apa hak dan istimewanya Rafizi pada mata Khalid hingga mendapat pembelaan sebegini?

Bukankah lebih ramai rakyat Selangor yang lebih layak terima dana itu sedang menanti di luar sana atau Khalid memang jenis tak peka punya orang??

Apa jasa besar dan budi baik Rafizi hingga Menteri Besar Selangor mengumumkan sendiri penyedia dana khas untuk bantu membela jenayah yang dilakukannya??

Bila ini benar-benar berlaku, kerajaan negeri Selangor bakal mencipta sejarah baru apabila menjadi negeri pertama  yang menyediakan dana bagi pembelaan jenayah di mahkamah.

Lepas  ini, perogol, perompak, peragut, penagih dadah, pencuri kabel, penzina, pembunuh, penipu dan bermacam-macam jenis penjenayah akan datang jumpa Menteri Besar Selangor mohon bantuan dana khas untuk jenayah yang mereka lakukan.

Adakah Khalid akan layan semua penjenayah ini memandangkan dia telah memulakan tradisi membela penjenayah seperti  Rafizi, dengan menggunakan dana khas  wang dari rakyat yang patutnya dikembalikan kepada rakyat?

Jika Khalid tidak melayan penjenayah yang lain, Nampak sangat dia seorang yang berat sebelah dan hanya mengutamakan kroni dalam PKR sahaja. Ini tentu sahaja tidak adil dan bercanggah dari prisip perjuangan PKR bukan???

Kita semua tahu, Selangor punya penasihat ekonomi yang handal. Penyediaan dana khas tidak susah memandangkan dana itu sentiasa ada dan boleh diadakan jika ianya melibatkan kroni  mereka. Wang yang dikawal oleh Menteri Besar dan penasihatnya boleh dibelanjakan sesuka hati selagi kuasa di tangan mereka.

Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita yang terjadi. Rafizi anak emas Khalid Ibrahim. Selangor guna wang rakyat untuk bela penjenyah juga kroni dan 1001 macam lagi cerita yang bolh timbul jika Khalid dan rakan-rakannya terus berkuasa di Selangor Darul Ehsan.

Johari Muhamad, pembekal maklumat sulit dari Public Bank tu Khalid bayarkan sekali ke???

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa