LAGI KELUHAN RAKYAT SELANGOR YANG SUDAH TIDAK TAHAN DENGAN MASALAH AIR YANG GAGAL DISELESAIKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PENTADBIRAN PAKATAN PEMBANGKANG.
SEGALA JANJI PRU 12 SEBELUM MEREKA MEMANG HANYA TINGGAL JANJI DAN RAKYAT MENJADI MANGSA APABILA PAKATAN PEMBANGKANG HANYA HANDAL BERMAIN POLITIK DARIPADA MELAKSANAKAN JANJI.
MEREKA SANGGUP MEMBAHAYAKAN NYAWA RAKYAT SELANGOR DENGAN MENGATAKAN AIR LOMBONG, SUNGAI SELAMAT UNTUK DIMINUM HANYA UNTUK MENYEMBUNYIKAN EGO POLITIK MEREKA.
SEMOGA APA YANG TERJADI INI DAPAT DIJADIKAN PENGAJARAN DAN PASTIKAN RAKYA SELANGOR TIDAK LAGI MEMILIH PAKATAN PEMBANGKANG DALAM PRU YANG AKAN DATANG.
JPX
Salam Pengarang..
Apabila EXCO kanan Selangor, Ronnie Liu mengatakan air di tujuh empangan termasuk sungai-sungai utama masih penuh dan mendakwa ia sebagai bukti kukuh yang Selangor tidak mungkin menghadapi masalah bekalan air, ia adalah satu kenyataan dangkal dari seorang pemimpin negeri yang tidak faham hujung pangkal isu sebenar.
Kenyataan Ronnie Liu itu hampir sama dengan kenyataan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim hampir dua tahun lepas (04 Ogos & 6 Oktober 2010) yang turut menjadikan alasan bekalan air empangan dan sungai mencukupi sehingga tahun 2019 untuk menampung keperluan rakyat dan industri.
Eloklah, kedua-dua MB dan EXCO satu kepala berfikiran mendatar dan gagal memahami isu sebenar. Semacam MB Selangor dan EXCOnya menggalakkan pula rakyat Selangor membiasakan diri minum air mentah dari empangan dan sungai yang belum dirawat.
Entah bala apa yang sedang menimpa Selangor tika ini hingga terpaksa menanggung bebanan membayar gaji pemimpin-pemimpin negeri yang akal pendek cuma sejengkal, bebalnya pula tak boleh diajar.
Rakyat sedang berkecamuk memikirkan masalah bekalan air bersih yang dirawat di loji-loji rawatan air, MB dan EXCO yang pekak badak masih bercerita pasal air mentah dari empangan dan sungai-sungai. Dah jadi macam itik bercakap dengan ayam pula.
Walhal, air empangan dan sungai masih penuh pun tiada gunanya bila kemampuan loji rawatan air sedia ada yang berjumlah 33 buah itu gagal untuk memproses bekalan air bersih untuk kegunaan lebih 7 juta pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Semua 33 loji rawatan air sedia ada sekarang hanya dapat menampung sejumlah 4,326 JLH (Juta Liter Harian) air bersih sahaja manakala jumlah pengeluaran air bersih sekitar 4,000 JLH hingga 4,219 JLH sehari, mahu tidak mahu loji baru tetap diperlukan.
Jumlah penduduk akan kian meningkat, kilang-kilang dan pejabat akan bertambah dan semuanya ini memerlukan bekalan air bersih untuk kegunaan harian kecualilah kalau Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu boleh membuktikan air empangan dan sungai yang masih mentah boleh diminum begitu sahaja barangkali bolehlah ditangguhkan dulu loji rawatan air Langat 2.
Zaman sekarang mana ada lagi orang basuh pinggan mangkuk, mandi seharian atau basuh kereta guna air sungai, rata-ratanya guna air paip yang telah dirawat di loji-loji rawatan. Masing-masing tahu air yang belum dirawat risikonya boleh memudaratkan kesihatan dan tak sesuai untuk kegunaan harian.
Tak tahulah kalau Khalid dan Ronnie sudah terbiasa mandi pagi petang guna air lombong, minum siang malam pula dari sumber air mentah dari empangan, maka mungkin sebab itu wajah kelihatan kusut masai dan akal cuma sejengkal.
Sementelah 33 buah loji rawatan air sekarang masih berkemampuan menampung bebanan keperluan air bersih untuk kegunaan harian, semolek-moleknya kita sediakan payung sebelum hujan dengan bertindak segera menyiapkan satu lagi loji rawatan air Langat 2.
Dengan demikian, tidaklah nanti bila loji-loji sedia ada terpaksa diselenggara dek kerana kerap beroperasi melebihi kemampuan kapasitinya, maka tidaklah kerap sangat bekalan terputus atau terpaksa dicatu selalu.
Jikapun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang gagal menjangka apa yang bakal berlaku beberapa tahun mendatang dek kerana akal sejengkal, janganlah pula digadaikan keperluan air bersih untuk kegunaan harian para hamba rakyat jelata.
Cukuplah sekadar Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu sahaja yang kekal bebal tapi kami rasa jelata masih belum bangang untuk minum air mentah dari sungai dan empangan.
No comments:
Post a Comment