Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, August 11, 2012

BABI, ANJING DAN DAP ADALAH HARAM DI SISI ISLAM

BEBERAPA ulama di luar politik kepartian telah mengeluarkan seruan agar umat Islam di negara ini menolak DAP kerana parti itu secara terang-terangan menentang perjuangan Islam dan haram bagi sesiapa yang menyokong dan mengundi parti tersebut.

Kenyataan senada para ulama itu sudah pasti menimbulkan keresahan bagi penyokong Pas memandangkan parti Islam itu kini tidur sebantal dengan parti yang secara muktamad menolak pelaksanaan hudud dan penubuhan negara Islam seperti yang dirancang Pas.

Lalu bagaimana pula dengan maklum balas pucuk pimpinan Pas terutama Mursyidul Amnya, Presiden dan Dewan Ulama parti itu berikutan seruan para ulama berkenaan?

Bak kata blog MyKMU (www.mykmu.net), Pas tidak mungkin berganjak dengan keputusan bersekutu dengan DAP malahan mereka akan balik menyerang para ulama berkenaan dengan pelbagai sumpah seranah dan maki hamun.

Terang-terang Karpal Singh dan DAP menegaskan bahawa mereka akan menentang agenda Islam itu bermati-matian, apakah Pas pekak atau sengaja tulikan telinga dan matikan akal mereka untuk berfikir sebagai seorang yang mengaku ?pejuang Islam"?

Jadi apa lagi yang ditunggu Pas? Pas tunggu DAP ludah mereka, pijak al-Quran dan menghina Rasulullah maka baru mereka mahu bertindak?," kata blog ini.

Memberi maklum balas terhadap seruan para ulama berkenaan, Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan membuat kenyataan tidak menolak bahawa haram mengundi golongan yang menentang Islam tetapi dibolehkan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.

Malahan beliau berkata, hukum tersebut boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu dan ?kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam dan hukum hudud."

Sehubungan dengan itu, Beruang Biru dalam blog Jeffry Damien (jeffrydamien09.blogspot.com) menempelak Pas yang terus bersekongkol dengan DAP yang secara terbuka menentang agenda Islam tetapi pada masa yang sama menghalalkan usaha menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang didakwa turut menentang Islam.

Nampaknya, Pas meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak ulama dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih ?kafir? dari kafir harbi DAP.

Kini, para ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama Pas juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi Pas iaitu harus.

Jelas, Pas telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini," katanya.

Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com) turut memberi maklum balas terhadap kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan.

Beliau mempersoalkan sikap Pas yang terus ?mengkafirkan" UMNO sedangkan sejak merdeka sehingga kini tidak ada satu pun kenyataan daripada pemimpin UMNO yang setara dengan kenyataan Karpal yang meminta ?langkah mayatnya dahulu jika Pas mahu melaksanakan negara Islam."

Penentangan secara tegas keluar dari mulut Karpal Singh, tetapi UMNO pula yang dicap sebagai ?sudah sedia maklum memang menentang perjuangan Islam".

Siapa Pas dan siapa majlis fatwa Pas yang memutuskan terlebih awal bahawa ?sudah sedia maklum bahawa UMNO menolak Islam?" katanya.

Lebih menarik, Pas dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa ketika menjadi Ketua Dewan Ulama Pas dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung Pas pada 22 Januari 1986 pernah membuat keputusan bahawa ?Pas sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam".

Perkara tersebut didedahkan oleh blog Darul Ehsan Today (darulehsantoday.blogspot.com) dengan turut menyiarkan sebahagian dokumen yang mengandungi keputusan mesyuarat tersebut.

Blog itu mendakwa, Nik Aziz turut berada dalam mesyuarat berkenaan serta turut menentang kerjasama dengan DAP.

Dan kini, segala yang diludahkan oleh Nik Aziz 26 tahun dulu dijilatnya balik, jilat sampai licin sehingga tidak nampak bekas yang satu masa dulu dia pernah meludah…"

- UTUSAN MALAYSIA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Anonymous said...

Ada satu lagi yang haram: PISAUKARATTT.

Anonymous said...

'Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan membuat kenyataan tidak menolak bahawa haram mengundi golongan yang menentang Islam tetapi dibolehkan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO'

PAS ni Islam lagi ker?

suker2 jer dia org ni adjust hukum2 dalam Islam

nasirwise said...

Sekadar pandangan....
Penulis ingin memetik laporan akhbar yang melaporkan seprti dibawah:-
`KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Tok Guru Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.’
Saranan `haram undi DAP' oleh Tok Guru Abdullah, Mufti Pahang,Dr Fadlan Mohd Othman, juga Mufti Negeri Sembilan ini pasti mendapat maklumbalas dari pihak PAS khasnya Tok Guru Nik Aziz dan Presiden PAS Hadi Awang. Setakat hari ini Jumaat 10 Ogos 2012 jam 9 pagi, belum ada kenyataan rasmi dari mereka. Kemungkinan besar, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang sedang berpuasa `mulut’nya sempena Al Mubarak Ramadan.
DrAsri menjadi orang pertama mempertikaikan saraan haram mengundi DAP. Beliau berkata bagaimana pula dengan wakil rakyat bukan Islam dan lebih berat Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam? Beliau bermaksud haram juga mengundi mereka.
Tun Mahathir turut bersuara yang beliau menolok hudud ala PAS yang tidak adil. Hudud PAS untuk orang Islam sahaja dan rakyat bukan Islam menggunakan undang-undang sivil. Tun menambah keadaan politik di Malaysia belum sesuai untuk hudud. UMNO menghormati kaum lain dan jika kaum lain bersetuju untuk melaksanakan hudud, baru lah ia boleh dilaksanakan.
Ustaz Kazim berpendapat hanya apabila umat Islam di Malaysia bersatu dan kuat, hudud boleh dilaksanakan. Selagi ia berpecah, hudud sukar dilaksanakan. Ustaz Kazim menambah BN khasnya UMNO telah melaksanakan 90 peratus undang-undang dan kemudahan untuk orang Islam seperti perbankan Islam, Takaful Islam, Universiti Islam, Mahkamah syariah, Pusat Zakat dan Wakaf dan banyak lagi.
Penulis merasa risau sedikit kerana jika PAS membalas dengan mengeluarkan `fatwa’ yang menghalalkan ahli PAS mengundi DAP dan atau kumpulannya, ia akan menyebabkan rakyat Islam akan menjadi was-was dan fatwa mana yang betul.
Penulis juga risau dengan tahap ketaksuban kebanyakan penyokong PAS yang memberikan sokongan membabi buta. PAS telah BERJAYA menanam tanggapan bahawa jika Utusan Malaysia, majlis Fatwa dan ramai ulama pro BN yang mengeluarkan saranan ataupun fatwa, sudah pasti penyokong PAS dibenarkan menutupkan teliga dan menghitamkan hati mereka. Ini adalah kerana saraan dan fatwa dari Kerajaan adalah berbentuk politik. Jesteru ini, pihak Kerajaan TIDAK BERJAYA mengingatkan rakyat Malaysia akan bahayanya DAP terhadap Islam dan Melayu.
Penulis yakin ada pemimpin PAS (PKR dan DAP tidak terkecuali) akan menimbulkan cerita bahawa Pengasas Pondok Geting dan lain lain tersebut dibayar oleh UMNO/BN. Ustaz Abdullah ada dendam kesumat terhadap Tok Guru Nik Aziz.


Semalam, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sial telah menuduh Utusan Malaysia cuba mencetuskan konflik kaum di Malaysia dan ia merupakan satu kempen pelampau agama.
Saya yakin permasalahan (haram atau halal mengundi DAP) ini berlanjutan dengan adanya ulusan ulasan para cendiakawan ini. Penulis harap Sinar Harian dan Wacana Perdana akan menganjurkan debat dan melibatkan mereka semua ini. Jemput penceramah PAS, UMNO, Dr Asri, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar dan Ustaz Fathul Bari berdebat.
Pandangan saya ialah saranan haram dan berdosa mengundi DAP ini mesti disampaikan kepada pengikut PAS secara direct (macamana?) selain daripada maklumat tambahan kepada rakyat Malaysia yang bersifat `silent majoriti’. Akhbar Utusan Malaysia amat sensatif kepada pengikut PR. BN perlu mencari jalan yang sesuai menyembarkan saranan tersebut.
BN/UMNO perlu banyak berdebat di Kelantan di hadapan penyokong PAS dan InsyALLAH dengan penceramah yang baik, ia sedikit sebanyak membuka minda penyokong PAS. Matlamatnya mesej mesti disampaikan. Jangan harapkan penyokong PAS membaca Utusan Malaysia.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa