Tindakan pembangkang yang gemar menyerang BN dengan fitnah bolehlah diumpamakan seperti menembak dengan peluru kapur. Ini kerana, ia mungkin sakit tetapi tidak membawa kematian. Lama kelamaan, peluru pun habis dan sakit pun tidak dirasai lagi.
Begitulah yang terjadi di Felda. Setelah berhempas pulas memburukkan BN dengan berbagai fitnah kini apa yang berlaku ialah pembangkang pun sudah letih, peneroka pun sudah muak dan BN kekal teguh bergaya dari segi sokongan di Felda-Felda.
Lalu, dengan beberapa peluru mengenai kaki sendiri, pembangkang kini melompat-lompat tanpa tujuan.
Mana tidaknya kerana mengikut analisis, sokongan peneroka Felda terhadap BN selepas penyenaraian semakin meningkat iaitu sehingga 85% walaupun beberapa pihak meramalkan sebaliknya.
Walaupun tiada siapa yang dapat menafikan hakikat kejayaan peneroka hari ini adalah hasil dari keprihatinan BN terhadap rakyat miskin, tetapi ini tidak bermakna peneroka sentiasa memberi sokongan kepada BN.
Dalam PRU 2004, misalnya, sokongan Felda terhadap BN hanya di tahap 54%. Sokongan ini meningkat pada PRU 2008 pada tahap 80%.
Peningkatan sokongan terhadap BN terus dilihat dalam Pilihanraya Kecil di DUN Tenang pada Januari 2011 di mana hanya 10% undi di kawasan Felda yang menyokong pembangkang. Ini bermakna 90% dari golongan peneroka di situ tetap bersama BN.
Tidak dinafikan bahawa masih ada di kalangan peneroka yang kurang faham mengenai penyenaraian. Sokongan mereka kepada kerajaan BN selama ini adalah bersandarkan keyakinan atas rekod kredibiliti dan keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka.
No comments:
Post a Comment