Kejadian serangan ala samurai ke atas Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menggemparkan Negara. Lelaki yang dilaporankan mendakwa dirinya sebagai “Imam Mahadi” terpaksa ditembak polis setelah mendatangkan ancaman berbahaya kepada nyawa orang ramai.
Bila kita melihat gambar penyerang tersebut yang banyak di mainkan di laman sosial dan blog, kita mungkin boleh perasan persamaan di atara penyerang tersebut dengan satu watak Hollywood, iaitu Rambo.
Persamaan yang paling ketara adalah penyerang dan Rambo, kedua-duanya tak pakai baju.
Keduanya, Rambo adalah watak askar Amerika yang dibawakan dengan penuh gaya oleh Sylvester Stallone. Rambo adalah watak yang berdasarkan skrip dan kita semua tahu bahawa Hollywood adalah antara pengeluar filem yang terbesar di dunia.
Skrip mereka adalah rekaan dan direka untuk kelihatan benar dan nyata. Watak dan skrip cerita itu adalah untuk hiburan dan ramai juga yang terhibur dengan aksi dan watak Rambo ini.
Dalam kes Rambo, Sylvester Stallone dapat jutaan Dollar di atas watak Rambo yang dilakonkannya. Sylvester Stallone sedar bahawa dia hanya pelakon yang melakonkan watak Rambo untuk tujuan hiburan dan Rambo hanya wujud dalam skrip dan layar perak, bukannya di dunia reality.
Lelaki yang ditembak di JPM tempohari juga “berlakon” dengan menggunakan skrip dan watak yang diciptanya sendiri.
Dia mencipta, kononnya dia adalah “Imam Mahadi” dan menyerang JPM dengan membawa pedang samurai.
Boleh tak kita dalam keadaan waras memikirkan apakah yang difikirkan oleh “Imam Mahadi” itu ketika dia menyerang bangunan konkrit dan kenderaan keluli di JPM dengan menggunakan pedang samurai?
Adakah mereka yang ada di tempat kejadian pada masa serang itu berlaku merasa terhibur?
Adakah mereka yang telah menonton video serangan itu juga merasa terhibur?
Sudah pasti tidak seorang pun yang terhibur malahan rasa terancam dengan “watak” yang dibawakan oleh “Imam Mahadi”.
Dan sudah pasti tidak “Imam Mahadi” itu tidak akan mendapat sebarang bayaran di atas watak “Imam Mahadi” yang dibawakannya.
Malangnya, “Imam Mahad” itu mati kerana dia percaya kepada sesuatu yang palsu dan sedang membawa watak yang palsu.
Imam Mahadi adalah penyelamat umat Islam di akhir zaman. Agak menghairankan bila Imam Mahadi yang ini pula tidak selamat dan manusia pula perlu lari menyelamatkan diri dia memunculkan dirinya di JPM semalam.
Tanda-tanda kecil kiamat memang sudah terlalu banyak dan sekarang dunia bergerak ke fasa keluarnya tanda-tanda besar hari kiamat. Imam Mahadi akan menjadi pemimpin umat Islam dan bukannya menyerang Jabatan Perdana Menteri.
Kemunculan Dajjal sudah mula dikesan dan ada juga yang berani mengaku Imam Mahadi. Apa yang menyedihkan, “Imam Mahadi” itu akhirnya mati tanpa mendapat apa-apa bayaran dari watak yang dilakonkannya itu.
Sepengetahuan aku, Imam Mahadi hanya akan muncul sendirian tanpa membawa isteri atau pasangannya. Kini “Iman Mahadi” meninggalkan seorang janda muda untuk meneruskan perjuangannya yang belum selesai.
Kini, “Imam Mahadi” tersebut sudah berada di alam yang lagi satu dan bersama Penciptanya. Semoga Allah mengampunkan segala dosanya.
Ada yang mengatakan dia pengamal ajaran sesat dan ada yang mendakwa dia adalah pesakit mental. Apapun, polis sedang menyiasat dan biarkanlah sehingga siasatan polis selesai. Janganlah dipolitikan perkara ini lagi.
Ada yang mengatakan dia pengamal ajaran sesat dan ada yang mendakwa dia adalah pesakit mental. Apapun, polis sedang menyiasat dan biarkanlah sehingga siasatan polis selesai. Janganlah dipolitikan perkara ini lagi.
Semoga seluruh kejadian ini menjadi pengajaran kepada seluruh umat manusia di Malaysia dan sejarah juga tercipta dengan kejadian ini.
JPX
6 comments:
RAMBO ke RAMBOROI....HA...HA..HA
tu bukan rambo bro...tu ramboroii.....hahaha
Betul ler tu, jgn politik kan sgt benda ni. Org tu pn dah mati
Kena siasat betul2 apa punca arwah ni mengamuk. Cukup marah dia dgn kerajaan. Kena pastikan takde yg macam arwah ni lagi
manusia apabila gagal dlm hidup samada dia akn belajar dr kegagalan atau dia ambil jalan mudah dgn cara menyalahkan org lain... nk heran apa kalau dia marah kerajaan? rmaia yg mcm ni... tak dpt tender korek pasir pun marah kerajan ckp tak adil terus x ingat sblm2 ni dpt tender dr mana. sama jgk dgn puak pembangkang... kalau blh anak dia berak dlm pampers pun dia nk ckp... NI SALAH UMNO LA NI SB TU ANAK AKU BERAK DLM PAMPERS!... SO NK BUAT MCM MANA KALAU DAH MANUSIA TU SENDIRI LTK AKAL KT BWH TAPAK KAKI SENDIRI? :)
Tak dah dah orang lagi macam ni. 100 tahun lagi pun sorang ni jer lah. Dia sorang jer. Lain yang tinggal stok pondan, gay LGBT jer kat PR tu.
Jangan pasal dia sorang kita nak siasat konon jadi suara ramai. Kalau dia sorang tu ertinya tak betul lah tu.
Kalau ramai macam ni dah jadi kerajaan lah orang macam ni.
Kalau ada akal bacalah blog dia. Pemikirannya terputus putus. Konsep yang di ketengahkan berubah rubah. Adakah dia ini juga ahlil Morfin dan seangkatannya. Sebab tu otak kelaut.
Ramai orang tak faham apa dia tulis. Apa ertinya tu? Tak akan ugama susah ketat begitu.
Orang yang mendapat nur Allah lancar pertuturan dan pemikirannya.
Islam itu mudah. Jangan nak persusahkan. Nak mendalami ilmu jangan rasa rasa.
Berguru dengan guru yang sebenar benar guru.
Cik puan tu di masih lagi kasihi Allah sebab selagi bernafas masih ada peluang bila bila pun.
Tak bernafas. Buku tutup. Bawaklah apa yang ada.
Persoalannya, kalau putus kepala Najib semalam. Adakah kerajaan akan berubah? Situ saja dah faham otak dia ni tak boleh pakai.
Post a Comment