Nampaknya kedunguan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Mungkin dia semakin teruk setelah disergah dengan hujah-hujah ilmiah oleh Presiden Sekretariat ILMU, Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari Mat Jayaha baru-baru ini.
Semalam, Nasrudin mempertahankan dua fakta debatnya bersama ilmuan muda Islam itu dan menegaskan bahawa Presiden DAP, Karpal Singh serta parti sekutunya itu sedia berkompromi mengenai perlaksanaan hukum hudud.
Fakta kedua yang dipertahankan Nasrudin pula ialah mengenai dakwaannya yang menyatakan bahawa PAS merupakan sebuah parti “dominan” di dalam Pakatan Haram!
Malah dia yang tidak berpuas hati dengan pertikaian mengenai “fakta-fakta”nya itu mencabar mana-mana pihak untuk menganjurkan debat kali kedua antaranya dengan Ustaz Fathul Bari!
Terus terang saya katakan bahawa apabila mengetahui mengenai “penegasan fakta-fakta” oleh Nasrudin itu, saya di antara mereka yang ketawa berdekah-dekah melihat kebodohan Ketua Dewan Pemuda PAS itu.
Benar-benar saya tidak menyangka seorang yang dikatakan “ustaz berkaliber” dan dijangka menjadi calon PAS pada PRU ke-13 nanti boleh menunjukkan tahap IQ yang begitu rendah dan dangkal mengenai “fakta-fakta”nya.
Apakah Nasrudin pekak, bisu, tuli atau buta huruf untuk membaca kenyataan Karpal Singh yang membidas secara spontan dan tidak berpuas hati dengan kenyataannya mengenai soal DAP berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud!
Suatu masa dahulu, Karpal pernah mencabar mana-mana pihak untuk melangkah mayatnya sekiranya mahu melaksanakan hudud di Malaysia. Atau mungkin Nasrudin belum lahir lagi ketika itu?
1 comment:
kalau dia nak berdepat dgn Karpal..pastikan dia mewakili PAS bukan Islam sebab nanti dia bohong lagi maka terhinalah Islam dimata masyarakat...
Cukup bertopengkan Islam dalam pembohongan..
Aku sebagai Umat Nabi Muhamad SAW tidak redha samasekali dia mewakili Islam dalam apa debat sekali pon dengan non Muslim.. Banyak kerosakan dari kebaikan,,sebab sikap putar alamnya yg tegar ...
Hperancis
Post a Comment