Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, July 23, 2012

BOB LOKMAN BAWAK LEBIH RAMAI ARTIS MASUK PAS???!!!




Penceramah tersohor Pas, Bob Lokman, kini menyeru semua para artis supaya menyertai Pas atas alasan hanya parti itu yang mampu mentadbir negara ini dengan cekap berlandaskan syariah Islam.

Bob Lokman berkata, trend artis yang kini berdiri di pentas politik bersama Pas membuktikan bahawa golongan artis di negara ini sudah celik dan berpandangan jauh selain yakin mereka mampu melontarkan idea bernas untuk kebaikan parti.

Menurutnya, jika dahulu ramai artis hanya memikirkan kepada sumber pendapatan sebagai penghibur semata-mata, namun pada hari ini, golongan itu sudah berubah dan semakin berani tampil di khalayak dengan gagasan perjuangan parti politik masing-masing.

“Mereka ini sudah mula buka fikiran kepada perkara lain selain daripada soal cari makan dan sudah mula menunjukkan kecenderungan mereka ke arah politik.

“Sepatutnya hal ini sudah lama berlaku, mungkin ada artis yang berasa takut kerana sumber pendapatan mereka bergantung kepada stesen televisyen yang dinaungi kerajaan,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara dekat sini.

Bob Lokman berkata, sejak menyertai Pas beliau sudah beberapa kali berjumpa artis yang berkempen untuk bersama-sama berjuang dengan parti itu termasuk rakan baik beliau yang juga pelakon filem, Hairie Othman.

“Saya ada bertemu Hairie dan dia sendiri ada beritahu saya yang dia masih banyak perkara hendak dibuat dalam parti ini termasuk mengeluarkan pendapatnya sebagai artis,” katanya.

Selain itu, katanya, beliau yakin artis seperti Hairie boleh menjadi ahli politik jika serius dalam bidang itu kerana melihat rakannya itu mempunyai keterampilan dalam berhujah dan mengeluarkan pendapat.

“Hairie juga yakin dengan perjuangan Pas kerana beliau nampak kejujuran dan keikhlasan Pas yang akan memperjuangkan nasib umat Islam serta tidak meminggirkan kaum lain di negara ini.

“Jika dia mahir dalam sepak terajang politik, tidak mustahil suatu hari nanti Hairie juga boleh menjadi orang politik yang boleh menerangkan dasar parti kepada rakyat,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Todiaaaaaaaaaaa....!!!

Anonymous said...

Bob ni sebenarnya dah giler glamour sgt. Dia diangkat oleh PAS kerana diberi tugas untuk membawa masuk golongan artis2 utk menyertai PAS.
Bagi aku, hak seseorang utk memilih fahaman politik masing2. Tak kiralah siapa, artis ker, rakyat marhaen ker. Tapi yg selalu berlaku, bila memilih PAS, terus mencaci org2 lain yg bukan sekutu dgn PAS. Apakah dia rasa, pilihan dia benar? Tahukah dia bahawa PAS hanya menjadikan perkataan ISLAM sebagai modal untuk kepentingan politik? contohnya... mudah... berapa dasar islam yg diterapkan dlm pemerintahan negeri kelantan yg berjaya diterapkan sepenuhnya? projek DIRHAM, bukan setakat gagal tetapi lebih kepada menipu. Suara wanita adalah aurat? kemana dasar itu skrg?

byk lagi yg boleh kita perkatakan, tapi biasanya org UMNO lebih memilih untuk menceritakan apa yg mampu, apa yg dirancangkan untuk kesejahteraan rakyat dari mencari kesalahan org lain...

wallahualam

ABBY.. ingatlah ALLAH itu maha adil. Kamu byk menghina org setelah kamu merasa mempunyai ilmu yg cukup tinggi setelah 2 hari bertudung. Bila ALLAH maha adil... hinaan kamu itu akan didatangkan dgn penghinaan keatas kamu pula...

-PIE-

Anonymous said...

Berapa harga sekepala BOB Lokman dapat bawa masuk artis join PAS?
DAP pun tak mcm ni punya giler glamor nak bawa atau menjaja artis bangsa dia org mcm PAS...sampai begitu rendah tahap agama Islam kita sanjungi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa