Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, July 24, 2012

BLOGGER UMNO MELAKA TAK DAPAT GAJI:SINAR HARIAN SILA JAWAB!!!


Berita seorang "blogger" yang tidak dibayar gaji oleh majikannya keluar Sinar Harian beberapa hari lalu.

Pengadu mendakwa dia tidak mendapat bayaran "tunggakan" baki gajinya dari majikannya iaitu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka.

Semalam, sahabat blogger aku, Aloq Laloq ada keluarkan satu salinan surat tawaran dari UMNO Melaka yang menyangkal dakwaan pengadu bahawa dia ditawarkan gaji RM3,000 seperti yang didakwa olehnya. >>>DI SINI<<<

Dia hanya ditawarkan gaji sebanyak RM1,500 dan tunggakan gajinya telah diterima olehnya tahun lalu.

Petang tadi, pentadbir di UMNO Melaka telah mengada satu sidang penerangan bersama wartawan Sinar Harian untuk menjelaskan situasi sebenar dan apa status pengadu dengan UMNO Melaka.

Aku berpeluang untuk turut serta dan banyak info yang menarik untuk didedah bagi membuktikan bahawa pengadu sudah berbohong semasa temuramahnya dengan wartawan Sinar Harian.

Wartawan Sinar Harian juga terperanjat dengan fakta yang dibekalkan kerana terdapat perbezaan fakta yang dikemukan oleh pengadu kepada mereka.

Aku juga ada semua salinan hitam putih yang menjadi bukti bahawa UMNO Melaka telah selesaikan semua bayaran kepada pengadu.

Aku cuma tunggu Sinar Harian untuk kemukakan semua bukti yang dibekalkan untuk disiarkan di dalam akhbar mereka bagi memulihkan imej UMNO Melaka yang telah dirosakan oleh pengadu dan laporan mereka.

Jika keadaan memerlukan, aku sendiri akan kemukakan semua bukti ini bagi membersihkan nama baik UMNO Melaka.

Tidak adil rasanya jika kita tidak beri peluang kepada Sinar Harian untuk memperjelaskan keadaan sebenar berbekalkan fakta sahih yang telah dibekalkan oleh pentadbir UMNO Melaka.

Sama-sama kita tunggu.

JPX

1 comment:

Anonymous said...

MEDIA BERINTEGRITI PASTINYA TIDAK SAJA MEMAPARKAN BERITA DARI SATU PIHAK SAJA. APAPUN BERILAH PAPER BERKENAAN RUANG UNTUK BERMUHASABAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa