Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, July 01, 2012

AL-FATEHAH:MOHAMED NASSER SELAMAT MENINGGAL DUNIA

JASIN: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka
(PERTAM), Mohamed Nasser Selamat meninggal dunia akibat serangan
jantung ketika mendapatkan rawatan susulan akibat kemalangan jalan
raya di Hospital Besar Kuantan, Pahang, pagi ini.
 
Allahyarham, 47 tahun yang pernah dikaitkan sebagai calon Barisan
Nasional pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau,
Mac tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Musliha
Musa kira-kira jam 7.45 pagi.
 
Beliau meninggalkan seorang balu serta empat anak.
 
Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan dalam UMNO Bahagian
Jasin sejak 1999 termasuk Ketua Penerangan Pemuda bahagian (1999-2003), Naib Ketua Pemuda bahagian (2004-2008) dan kini sebagai ahli jawatankuasa UMNO bahagian.
 
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di kilometer 24,
Jalan Muar Lama, Merlimau sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Masjid Ar-Rahim, di sini selepas solat Asar semalam.

Al-Fatehah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa