Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 18, 2012

KOLEKSI JANJI MANIS PEMBANGANG:BILA AGAKNYA AKAN TERLAKSANA?


Di Selangor, cuba kita nilai pencapaian kerajaan PKR negeri mentadbir negeri terkaya tersebut.

1. Anggota Parlimen kawasan Subang dari PKR, R.Sivarasah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010. Tapi lihatlah apa yang berlaku apabila 57 keluarga di Kampung Bunga Raya, Petaling Jaya melakukan mogok lapar membantah kerajaan PKR Selangor kerana gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas untuk menyediakan rumah baru kepada mereka. Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai hingga Januari 2012 (kemudian dibantu BN), menyebabkan keluarga terbabit mengalami penderitaan dan rasa tertipu.

2. Datuk Dr. Hasan Ali yang ketika itu Exco Agama Selangor pernah mengeluarkan kenyataan larangan menjual arak di kawasan majoriti Muslim. MBSA kemudian bertindak merampas arak di sebuah kedai serbaneka 24 jam yang dijual di kawasan itu (Shah Alam).

Bagaimanapun, seorang lagi Exco dari DAP, Ronnie Liu mengarahkan MBSA memulangkan semula arak yang dirampas. Katanya, bir bukan kategori arak (bawah 8.8% alkohol) serta tidak memerlukan lesen jualan. Pas dan DAP tidak sehaluan dalam isu ini. Akhirnya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan kawalan terletak pada kehendak kedai sendiri tanpa ada larangan menjual di kawasan majoriti Muslim.

3. Kerajaan negeri membuat unjuran RM150-RM200 juta setahun untuk hasil pasir. Sebaliknya, jumlah pengeluaran pasir negeri hanya RM22 juta. Kerajaan negeri hanya mengutip RM4 juta dari doket pasir dan RM7.5 juta melalui Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Hanya RM11.5 juta dari RM22 juta masuk ke dalam kantung negeri.

4. Rumah-rumah urut semakin banyak di Selangor daripada 700 buah meningkat sehingga 4,000 buah sepanjang dua tahun (2008-2010). Didapati, lebih sebahagian besar daripadanya ialah warga asing sebagai pelacur. Dilaporkan pelajar sekolah turut terlibat melanggan pelacur dengan bayaran serendah RM30.

5. Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pernah mendedahkan dia menerima 25 kes aduan kes kecurian pasir di Selangor serta mendakwa ia berpunca daripada sikap 'lepas tangan' Menteri Besar. Manikavasagam kemudian diugut dengan cat merah di kediamannya.

6. PKR bercadang membuka 10% kuota pelajar di UiTM kepada bukan bumiputera. Ini mengurangkan kira-kira 12,000 kuota bumiputera setiap tahun. Ekoran itu, ribuan mahasiswa UiTM seluruh negara mengadakan bantahan besar-besaran serta menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Menteri Besar.

7. Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) kerana tekanan politik oleh kerajaan negeri. Beliau tidak sanggup melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel seperti yang diarahkan MB Selangor. Beliau turut mendedahkan campur tangan pakatan pembangkang terlalu kuat di universiti itu.

8. Projek UiTM Serendah yang telah diluluskan telah diarahkan oleh MB dibatalkan serta-merta atas alasan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor lambat membayar cukai. Sebenarnya, isu tercetus apabila MB berang kerana tidak dilantik sebagai Pengerusi YBK negeri.
Dalam hal ini, penduduk berhak mendapat pembangunan, ekonomi dan pendidikan tetapi dinafikan kerajaan negeri.

9. Projek membina jeti dan empat buah rumah nelayan di Pasir Penambang oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) diarahkan kerajaan negeri (melalui Ronnie Liu) agar dihentikan kerana rumah terbabit dikatakan terlalu dekat dengan tokong.

Padahal LKIM dan penduduk sudah sepakat sebelum itu. Tanah seluas 0.4 hektar dan ganti rugi RM15,000 diberi kepada pihak tokong manakala RM80,000 dibayar kepada penduduk yang dipindahkan. Projek ini sangat berfaedah untuk nelayan

Tokong terbabit pada asalnya memang bersebelahan dengan rumah, cuma kerajaan negeri kononnya mahu menjadi pembela. Akibatnya, apabila Ronnie Liu datang ke kampung itu, dia diherdik dan di'boo' oleh 200 penduduk Cina di situ.

Hakikatnya, 'lebuh raya rakyat' yang dicanangkan kerajaan Pas Kelantan tidak akan direalisasikan. Ia sama seperti mana banyak janji yang belum tertunai di Selangor.Rancangan Pas memang gah, tetapi hikmah di sebalik janji auta itu pasti cepat dihidu rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Air free RM11 akhirnya ternyata lebih membebabkan. Kerana RM11 tekanan air rendah dan kadang2 bekalan terputus terus pada setiap hujung minggu. Kami terpaksa beli air mineral utk keperluan harian. Terpaksa hantar baju ke kedai dobi. Terpaksa hantar kereta ke car wash. Terpaksa catu 'keperluan hajat' perut kami dan mcm2 kepayahan yg kami tak pernah alami semasa pemerintahan BN lalu.

Anonymous said...

Lebuhraya Pre-paid Pok Nik Ajis..ahahhaa itu lebih afdal dari Lebuhraya Rakyat. Tgklah nanti silap haribulan Pok Nik Ajis kecek dia tak tau apa apa pun pasal itu pasal ini tgk tgk Kjaan Persekutuan jugak kena tanggung beban Pok Nik nak buat lebuharaya kena apa plan semua, setiap tuntutan rakyat mesti ke ambik kira kalau dah melalui kawasan rumah mereka, tak tau pulak kalau Rakyat Kelantan ni dungu habis terima se-adanya apa Pok nik Ajis cakap. Kalau PAS kecek bini dgn anak dara pun boleh buat pre-paid rasanya orang kelantan tak teragak-agak buat dan "DERMA IHSAN" pasa PAs.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa