Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 18, 2012

KHALID SAMAD CELUPAR:PARTI ISLAM PEJUANG GEREJA



Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam meminta agar UMNO dan Barisan Nasional menerima kekalahan pada PRU13 sekiranya rakyat ingin membuat perubahan dengan memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman.Alasannya ialah,kebelakangan ini ramai pemimpin UMNO-BN yang memberikan reaksi bahawa pilihanraya umum kali ini akan berlangsung dengan sengit.

Sama ada adik kepada bekas Menteri KPDNKK, Shahril Samad itu seorang yang bodoh, atau terlalu yakin mahupun sudah dapat meramal kekalahan yang akan menimpa dirinya serta Pakatan Rakyat di Selangor, sehingga mendorong dia mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa, sebenarnya menggambarkan ketakutannya yang sangat luar biasa.

Kemenangannya di Parlimen Shah Alam pada tahun 2008 merupakan sesuatu yang tidak diduga sama sekali.Bahkan kemenangan Pakatan Rakyat menguasai Selangor pada PRU ke-12 itu juga, mungkin langsung tidak terlintas di fikirannya.

Peralihan kuasa daripada UMNO-BN kepada Pakatan Rakyat yang sebenarnya merupakan sebuah entiti haram, tidak berdaftar serta sebenarnya tidak wujud pun, telah dibuat secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah. 

Sebaliknya yang berlaku ialah, pengaktifan gelagat-gelagat serta tindakan-tindakan subversif oleh Pakatan Rakyat selain keterujaan mereka kerana telah berjaya menjadi kerajaan di Selangor, seringkali menjadikan UMNO sebagai bahan untuk memulakan pertumpahan darah.Perhatikan sahajalah bagaimanan Khalid Samad sendiri yang terlibat secara langsung dalam kemelut kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam,dengan sengaja mencabar ahli-ahli UMNO dan orang Melayu di kawasan berkenaan untuk bertindak sehingga mewujudkan kontroversi KEPALA LEMBU. 

Apa yang dilakukan oleh Khalid Samad selepas itu ialah menghasut penganut agama Hindu agar menyerang dan menimbulkan pertumpahan darah dengan orang Melayu dengan alasan, kontroversi tersebut telah dimulakan oleh UMNO

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa