Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, June 06, 2012

KENAPA KITA PERLU BERJIHAD UNTUK PAS???!!!




1. Kita menentang PAS menyedari tindakan keterlaluan pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai penyelewengan akidah, syariah dan akahlak, penyebar-penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianatan masa depan orang Melayu.

Selagi PAS menjadi juara tersebut, kita wajib berjihad menentang mereka.


Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ditegah menggunakan tangan,kalau tidak mampu menggunakan lidah,kalau tidak mampu menggunakan hati dan itulah selemah-lemah iman’. (Hadis Riwayat Muslim).


2. Kita terpaksa menentang PAS kerana PAS boleh melemahkan dan menghilangkan kuasa politik orang Melayu dan Islam .


Apabila PAS sanggup menggadaikan Islam dan bekerjasama dengan DAP dan seterusnya menerima tuntutan 17 perkara yang di kemukakan oleh persatuan Cina serta menolak Hak Keistimewaan Orang Melayu, sanggup bertangguh-tangguh melaksanakan Hudud kerana DAP serta menggugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS bukan lagi Parti Islam seperti yang mereka dakwa!


3. Kerana itu, perjuangan menentang PAS adalah JIHAD demi mengembalikan ajaran Islam yang sebenarnya! Selain itu ia juga untuk mempertahankan kuasa politik pemerintahan di tangan umat Islam Malaysia. 

Terhapus kuasa politik orang Islam, hilanglah segala perjuangan Agama,Bangsa dan Negara kita!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa