Aku dengar cerita dari kawan aku, Wizurai Kota >>>DI SINI<<< ada ramai orang sedang berkumpul di hadapan Seri Negeri, Pejabat Ketua Menteri Melaka untuk satu demo aman.
Bila aku dapat berita ini, aku terus angkat telefon dan call kawan-kawan yang berhampiran dengan Seri Negeri untuk dapatkan maklumat lanjut.
Sorang dari kawan aku ni pun bagitau memang ramai manusia sedang berkumpul di sana untuk serbu pejabat Ketua Menteri sebab ada isu tanah yang kononnya tak selesai.
Kawan aku cakap cerita ni cerita lama, dah selesai pun cuma tingga dua, tiga orang jer yang tak puas hati jadi mereka cuba cabar keputusan kerajaan negeri di mahkamah.
Dan bila ada isu macam ni, sudah tentu ada parti politik yang cuba ambil kesempatan dan jadi hero kepada "mangsa" ni. Parti politik tersebut yang punya pelbagai isu dan masalah dikhabarkan menjadi dalang perhimpunan yang diadakan pagi ini.
Bila aku dengar cerita kawan aku ni, aku terus senyum sinis. Parti politik yang nak tolong "mangsa" ni pun banyak masalah yang tak selesai, ada hati nak selesaikan masalah orang.
Kat Melaka ni, apa kuasa parti politik tu?? Mereka satu kerusi pun takde dalam DUN. Macamana nak tolong rakyat sedangkan suara mereka langsung tak dipilih oleh rakyat???
Kalau nak mintak tolong, mintalah pada yang boleh bantu selesaikan masalah kita. Jangan mintak tolong pada yang banyak masalah, takut nanti masalah kita tak selesai tambah masalah lain pulak...
Kepada parti politik yang nak jadi hero tu, lain kali kalau nak berhimpun kumpul ler ramai lagi. Pagi ni dah cukup ramai, tapi kalau dapat lagi ramai kan lagi steady kan...??? Baru ler rakyat yakin dengan kehebatan parti politik anda....!!!!
JPX
No comments:
Post a Comment