Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 25, 2012

GEMPAR: TOK ALI KENA PENGKES DI NEGERI SENDIRI???!!!



Lagi nak dekat PRU 13, lagi ligat Tok Ali kerja untuk memastikan BN akan terus menjadi pilihan rakyat Melaka nanti.

Tok Ali punya ligat bekerja sampai aku nengok tidur pun kadang-kadang sambil berdiri. Memang kita semua tak boleh nafi bahawa Tok Ali memang kuat kerja dan takde saper boleh lawan cara kerja dia ni kalau di Melaka.

Bila cerita bab PRU ni, aku pun ada dengar satu versi cerita  yang kata Tok Ali akan bertanding sebagai Ahli Parlimen dan akan melepaskan jawatan Ketua Menteri.

Cerita ni memang hangat dan “sedap’ diperkatakan oleh beberapa pihak yang sedang galak pasang badan dengan harapan mereka atau “ketua” mereka akan terpilih sebagai Ketua Menteri Melaka jika benar-benar Tok Ali tidak bertanding kerusi DUN kelak.

Dari apa yang diceritakan pada aku, sekarang ni ada beberapa pemimpin di Melaka ni sebuk ada kumpulan yang “mengusung” ketua mereka dan mencanangkan bahawa “ketua” yang mereka usung itu adalah bakal Ketua Menteri Melaka.

Punya taksub kumpulan ini pada bakal Ketua Menteri Melaka itu, mereka siap ugut dan “pesan maut” kepada mereka yang tak mahu ikut “ketua” yang mereka usung itu. Wah, hebat bukan gelagat “pengusung-pengusung” ni….

Cerita ini aku kutip dari beberapa rakan pemuda yang kecewa dengan sikap “pengusung-pengusung”  yang lebih mementingkan politik individu dari survival parti.

Jangan terlampau taksub dan yakin yang “ketua” yang kau usung tu dapat jadik Ketua Menteri. Ini semua belom pasti  dan sangat susah untuk ditetapkan.

Kalau BN memang besar sekalipun, belom tentu “Ketua” yang mereka usung ni boleh jadik Ketua Menteri Melaka. Itu semua akan ditentukan oleh Perdana Menteri. Itu cerita kalau BN menang besar, kalau sebaliknya…macam mana???

Aku pun bila dengar cerita macam ni pun naik fed-up. Orang muda yang cerita pada aku ni nampak kecewa dengan sikap beberapa kerat pemimpin yang macam ni, Ini sedikit sebanyak menaikan kebencian dan punca kenapa orang muda tidak minat pada UMNO.

Bakal Ketua  Menteri Melaka ni patutnya bawak “pengusung-pengusung” dia bekerja kuat untuk bantu Tok Ali dan BN menang besar supaya hajat dia nak jadik Ketua Menteri mudah tercapai. Ini tidak, dia dan “pengusung-pengusung” dia asyik nak melawa dan terus berangan-angan nak jadik Ketua Menteri Melaka.

Mana boleh macam ni, kerja tak nak buat ada hati nak jadik Ketua Menteri. Susahlah Malaysia macam ni. Kalau macam ni punya senang nak jadi Ketua Menteri, aku pun nak upah orang supaya “bawak mulut” dan sampaikan cerita pada semua bahawa aku ni bakal Ketua Menteri Melaka.

Tapi aku terlalu yakin bahawa orang yang diusung ni tak mungkin jadi Ketua Menteri kerana secara peribadi aku tak nampak apa-apa kelebihan pada dia ni. Bahasa badan, pergaulan dan karisma memang takde jadi tak mungkin dia akan dipilih oleh PM sebagai calon boleh memang untuk BN.

Kepada “pengusung-pengusung” dan yang “diusung” aku mohon, kalau cerita yang diceritakan pada aku ini benar, segeralah bertaubat dan ubahlah sikap. Jangan buat benda yang boleh buat orang menyampah pada UMNO.

Fokus pada PRU dan buat sehabis baik untuk bantu pari bukannya diri sendiri. Bila parti kita kuat, barulah kita semua kuat. Kita sebuk-sebuk kejar jawatan tapi dalam diam-diam, lawan kita pulak dapat kuasa, baru kita nak putih mata.

Betul ler cakap kawan tu, orang sekarang menyampah pada UMNO kerana beberapa kerat pemimpin mereka yang tak berapa nak elok perangai ni. Jadi pada aku, biarlah kita hilang beberapa kerat ni dari kita hilang kuasa dan negera yang tercinta ini.

Kepada yang terasa, maka memang betul ler cerita ni memang ada…hehehehhe.

Semoga Allah jauhkan kejahatan dan keburukan dari menghampiri parti UMNO ini dan memberikan kemenangan yang besar pada PRU 13.

PRU 13: MELAKA BN PUNYA!!!

JPX

4 comments:

Anonymous said...

ape yang engkau melalut ni be !

Anonymous said...

tak ramai tapi memang ada mahkluk yang kau cerita ni kat melaka. harap dapat segera dihapuskan

182 said...

jangan ambik pusing sangat benda macam ni sebab orang pun perasan siapa mereka ni. kita buat kerja kita dan pastikan BN terus menjadi pilihan semua rakyat Melaka

Anonymous said...

hebat kumpulan perasan ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa