MUNGKIN ramai yang tidak berminat dengan pilihanraya kecil yang diadakan di Singapura baru-baru ini. Penulis sendiri pun asalnya tak berminat nak beri perhatian kepada isu tersebut, tapi setelah dimaklumkan bahawa ia bermula dengan pemecatan Ahli Parlimen kawasan tersebut kerana skandal seks, penulis mula membuka mata.
Walaupun penulis agak sinikal dengan Singapore ini dalam banyak hal, tapi kalau ada hal-hal yang menguntungkan itu, elok juga kita ceduk dari mereka. Sebab itu buat beberapa kali dari yang banyak, ejaan Singapore ini betul, kalau tidak Singapork saja.
Yang penting disini ialah, lihat saja di negara yang terletak dihujung Semenanjung Malaysia ini. Walaupun kecil dan didominasi keluarga Kuan Yew untuk zaman berzaman, ia masih lagi mempunyai sedikit maruah untuk dipertahankan – Ahli Parlimen yang ada skandal seks yang akan dipecat kalau enggan meletak jawatan.
Itulah yang sebenarnya berlaku kepada Yaw Shin Leong, Ahli Parlimen bagi kawasan Hougang dari Workers Party yang dipecat kerana enggan menjelaskan skandal seksnya dengan seorang ahli politik wanita dari sebuah parti pembangkang di sana. Tidak ada bukti video, yang ada hanya cakap-cakap tapi kerana enggan beri penjelasan, maka dia dipecat.
No comments:
Post a Comment