Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, May 06, 2012

ZUL NORDIN DEDAH IDENTITI PERAKAM VIDEO SEKS ASS MIN!!!??




KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendedahkan, beliau tahu perakam video aksi panas dikatakan mirip pemimpin pembangkang dengan seorang wanita, yang hangat terpapar dalam media massa beberapa hari lalu.

Beliau turut memberi amaran mendedahkan individu bertanggungjawab merakamkan adegan tidak senonoh itu bila-bila masa.

“Kita akan dedah siapa perakam dan tunggu masa dedah siapa buat,” katanya selepas menyampaikan ceramah isu politik Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, di tanah lapang Paloh Sungai Kiat, malam kelmarin.

Zulkifli turut menolak dakwaan segelintir pihak mengaitkan video itu dengan Umno, sebaliknya mendedahkan ia dilakukan di kalangan mereka akibat pertelagahan­, selain mendapat kepentingan tertentu.

Dalam kenyataan sama, beliau turut minta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail membersihkan dahulu 3A iaitu ‘Anwar, Azmin dan Azizah’ sebelum bersih orang lain.

Katanya, Azizah tidak perlu bercakap hal orang lain sebelum membersihkan partinya terlebih dahulu.

“Bersihkan Anwar, selepas itu Azmin, tuduhan Datuk Nallakarupan itu serius dan Azizah kena bersihkan diri dia sendiri,” katanya. -- SINAR HARIAN

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa