Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, May 17, 2012

TOK ALI UMUM SENARAI NAMA CALON BN KOTA MELAKA






Kerusi Parlimen Kota Melaka adalah satu-satunya kerusi yang diduduki oleh DAP Komunis di negeri Melaka. Semenjak PRU 1982, Barisan Nasional hanya menang sekali di Kota Melaka iaitu pada tahun 2004, ketika BN diwakili oleh Wong Wai Chee mengalahkan DAP dengan majoriti 219 undi.


Pengundi Kota Melaka majoritinya Cina kerana ianya terletak di dalam bandar Melaka. Hampir 53% dari 89,692 orang pengundi adalah Cina dan memang wajar kerusi ini ditandingi oleh calon BN yang datangnya dari parti komposisi bangsa tersebut seperti MCA dan Gerakan.


Namun sejarah telah menunjukan kegagalan parti komponen ini untuk menang atau mempertahan kerusi Kota Melaka dalam satu tempoh masa yang panjang.


Walaupun Perdana Menteri masih menyimpan rahsia tarikh PRU 13 dan Pengerusi BN Melaka juga berahsia tentang pembahagian kerusi Parlimen dan DUN Melaka, khabar angin dan angan-angan mereka yang berpolitik di Melaka sudah mula tersebar.


MCA dan Gerakan adalah yang paling hadapan menawarkan calon untuk mencuba nasib menebus kekalahan BN di kerusi tersebut.


Mereka khabarnya yakin dengan strategi dan pengurusan parti mereka yang telah ditransformasi mengikut kehendak zaman, mereka mampu untuk menawan hati pengundi sekaligus memenangkan BN di Kota Melaka.


Tapi mengikut satu sumber, kali ini UMNO akan diberikan peluang dan kepercayaan untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Melaka. Maka pertama kali dalam sejarah pilihanraya, Kota Melaka akan ditandingi oleh calon Melayu.


Jika berita ini benar, maka ini adalah satu percubaan berani UMNO untuk menguji kesetiaan dan keikhlasan ahli parti komponen yang khabarnya ramai dan banyak menduduki kawasan pilihanraya Parlimen Kota Melaka.


>>>TERUS BACA DI SINI<<<

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa