4 buah buku Al-Quran disumbangkan kepada pihak masjid. Lihat pembantu Teo tak menghormati Quran dan memegang tanpa berlapik
Kali ini pembantu main pegang AL Quran depan jemaah
Pembantu AP Serdang, Teo Nie Ching tidak menghormati al Quran dengan memegang 4 naskhah Quran untuk hadiahkan tanpa memahami sensitiviti memegang Quran. Ini berlaku ketika Majlis Ramah Mesra yang diadakan oleh AP Serdang, ahli Majlis MPKJ di perkarangan baru baru ini.
Dalam majlis yang dihadhiri lebih kurang 60 orang tua-tua yang berumur lebih 50 tahun, Teo memberi ucapan. Kata Teo, kerajaan Selangor ada mengadakan Tabung Tawas untuk bayi yang lahir di Selangor sejak 2008 sebanyak RM100 atau labur dengan kerajaan Selangor yang mana apabila capai umur 18 tahun ada dapat RM 1,500.
Teo mendabik dada mengatakan kerajaan Selangor mahu merakyatkan Selangor. Lucunya, Teo ngaku tidak dapat sumbang kerana perutukan beliau cuma RM100k untuk 3 DUN d Serdang. Maknanya dia malas nak cari sumber membantu atau dia tidak ikhlas nak bantu. Dengan DAP begitu banyak sumber dari sokongan taukeh-taukeh CIna
Majlis diakhiri dengan penyampaian bantuan makanan kering bernilai tak berapa dan wang RM30 dan pemberiaan Al Quran yang tidak disenangi. Pembntu Ahli Parlimen itu, seorang lelalki Cina mengambil naskah quran daripada keretanya dan mnyerahkan begitu saja kepada Pengerusi Masjid.
Beliau tidak sensitif langsung tentang kesucian Quran dan ramai jemaah menganggap dia bersikap biadap.
Teo Nie Ching bersenam robik berpakaian ketat diperkarangan Surau Taman Maju Cheras, Balakaong
Ini bukan kali pertama dia menunjukkan ketiadaan sensitivit terhadap orang Islam. Dalam usahanya untuk mendekati orang surau dan masjid, setiap kali dia tidak berusaha untuk memehami adat resam dan tata susila kesopanan amalan masjid.
Bermula dengan peristiwa di Surau Al Huda, Taman Kajang Sentral pada Ogos tahun lalu dimana ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching masuk tempat solat dengan pakaian tidak tutup aurat.
Kemudian dia buat senamrobik dengan pakaian ketat dan lelaki perempuan bercampur di Masjid Surau Taman Maju Ceras, Balakong.
Kali ini, dia masih tidak cuba untuk leih sopan dalam pemakaian kerana masih bersantai pakaiannya.
No comments:
Post a Comment