Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, April 14, 2012

DEMO ANTI PTPTN: PESERTA DEMO MATI AKAL!!???


Seorang pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut, Mohd Rafiq (bukan nama sebenar) menyatakan keliru dengan tujuan demonstrasi tersebut dengan kenyataan-kenyatan yang Adam keluarkan sebelum demonstrasi itu dijalankan. 
“Saya keliru sama ada demonstrasi ini membantah atau menyokong PTPTN? Sebab ada dua jenis kain rentang yang mereka guna, ‘Tuntutan Pendidikan Percuma, Mansuhkan PTPTN’ dan ‘Jangan Mansuhkan PTPTN’. Jadi, apa sebenarnya tujuan demontrasi ini. Saya rasa macam ditipu,” katanya di sini hari ini. 
Lagi satu, apa sudah jadi kononnya perhimpunan itu akan disertai ribuan mahasiswa sedangkan yang muncul jauh dari angka yang sebenar? Sebahagian pula tak nampak macam mahasiswa mana-mana universiti pun seperti gambar di bawah.

Jika jumlah mereka yang kononnya mewakili anak dan adik (tapi sebenarnya mewakili parti politik semata-mata) ditolak, berapa ramai siswazah tulen yang hadir?
“Mereka telefon dan arahkan memanggil ramai lagi orang. Kemudian, berkumpul di sini. Tujuannya, hanya mengikut sahaja tindakan dan pergerakan yang lain,” kata mereka.
Sedikit memalukan bukan? Meraih perhatian orang ramai untuk hadirkan diri ke demonstrasi tersebut semata-mata untuk mencukupkan jumlah pengikut sehingga 5000 orang? Hakikatnya, pengikut yang menyertai demonstrasi itu hanyalah kurang dari 300 orang sahaja.

Selain itu, jelas dilihat, Adam Adli sempat menyuruh beberapa orang lain yang berada di dalam kereta untuk turun dan menyertai pertunjukan demonstrasi mereka ketika berlakunya kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Masjid Jamek.
Adam dengan bangga mengatakan jumlah yang menyertai demonstrasi itu pastinya mencecah 5000 orang dan majoritinya semestilah golongan pelajar.

Namun, di lokasi demonstrasi itu jelas kelihatan golongan pelajar-pelajar hanyalah duduk di tepi-tepi dan menyaksikan dirinya terpekik-pekik mengecam dan mengutuk Perdana Menteri.

Juga, ada sepasang kekasih yang datang ke demonstrasi itu hanyalah untuk ‘memadu cinta’ dan bukannya menyertai dan menyokong perhimpunan tersebut.
Jadi, di manakah rasional dan tujuan sebenar demonstrasi itu dilakukan?

Adam Adli juga dilihat kurang berucap dan hanya berusara bila perlu sahaja dan lebih memberikan peluang kepada orang lain yang berucap.

Jadi, dimanakah kelantangan suara Adam Adli ketika berbicara menegakkan perjuangan dan kebenarannya walhal secara terang-terang memang tiada kebenaran yang cuba dia tegakkan. - Sumber asal - Mynewshub 

1 comment:

Anonymous said...

kenapalah Dato seri Najib jadi sasaran si adam ini. memang betullah budak ini telah dihasut
oleh PKR sampai otak dia jadi mereng. Isu yang dibangkit pun tak
releven pun untuk dijadikan isu.
kalau dah memijam bayar sajalah hutang siapa suruh pinjam. kalau pelajar cemerlang boleh bagi percuma. ini pelajar hampes menghabiskan beras saja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa