Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, March 15, 2012

TANDA-TANDA KECIL PERISTIWA BERDARAH 13 MEI AKAN BERULANG SUDAH KELUAR!!!


 

 

 

Sepatutnya akhbar Cina harus melakukan siasatan terlebih dahulu, bukannya terus menerbitkan berita yang bahaya yang boleh membangkitkan kebencian antara kaum ini. Tindakan keras harus diambil agar pemberita lebih berhati-hati dalam menerbitkan berita agar rasa saling membenci antara kaum dapat diredakan!

DAP cuba memperkenalkan kuasa mereka selain cuba 'menyedarkan' orang Cina bahawa mereka sangat berkuasa di Malaysia menerusi satu lagi episod yang telah dipolitikkan dan kemudian menjadikan Polis Diraja Malaysia sebagai mangsa mereka. 

Dengan menggunakan kuasa dan pengaruh akhbar-akhbar berbahasa Cina, sedang memainkan isu yang sangat sensitif dan cuba menjadikan polis sebagai mangsa kiasu mereka. Insiden seorang remaja berbangsa Cina yang tidak bertopi keledar, tidak mempunyai lesen dan merempuh sekatan polis, sebelum terbabas dan kemudian melanggar tembok sebelum terlentang tidak sedarkan diri, telah digunakan oleh mangkuk-mangkuk hayun itu untuk membuktikan Polis memusuhi orang Cina!

Permainan yang dilakukan oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina dan kemudiannya disambut pula oleh puak-puak kiasu di dalam Facebook, amat merbahaya. Hasutan dan fitnah yang dilakukan oleh puak-puak kiasu itu memperlihatkan penguasaan DAP dalam menyemai perasaan kebencian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 

Secara sahnya, remaja yang pangkal nama adalah Lim itu memang bersalah. Untuk menutup kisah sebenar, keluarga remaja tersebut menuduh polis telah menendang motosikal yang ditunggang oleh remaja itu menyebabkan dia terjatuh dan tercedera.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa