Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 13, 2012

SKANDAL ANWAR IBRAHIM DENGAN PELAJAR???!!!




Dialog Anwar Ibrahim di De Palma baru-baru ini mendapat sambutan dingin daripada 'anak muda'. Bertajukkan 'Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim' menyaksikan dewan tersebut gagal di isikan dengan orang ramai terutamanya anak muda.



Kehadiran Nurul Izzah juga dilihat tidak mampu untuk menarik minat anak muda seperti yang berlaku di masa Anwar Ibrahim didapati bersalah menyalahgunakan kuasa tahun 1999.


Tiada lagi x-factor yang dimiliki oleh pemimpin veteran tua itu, lebih-lebih lagi anak muda hari ini lebih kritis dan tidak akan menerima bulat-bulat sandiwara atau cerita yang dihiburkan oleh Anwar.

Anak muda hari tahu kronologi dan penolakan demi penolakan orang-orang kuat Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu merupakan mereka yang sanggup buat apa sahaja demi veteran tua ini.

Semakin orang muda tahu sebab-sebab mereka menolak dan mula menjauhi boss mereka itu. Dan semua tahu apabila bekas orang kuat Anwar Ibrahim ini mendedahkan buruk laku bekas boss beliau itu, Anwar Ibrahim tidak mampu berbuat apa-apa. Beliau tidak menyaman mereka jika beliau berada di pihak yang benar.

Tetapi Anwar Ibrahim tidak berbuat apa-apa. Terminologi mudah kita, diam itu maksudnya betul.

Dialognya kali ini juga gagal untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai ikon dek kerana Anwar Ibrahim sebagai seorang veteran tua bertaraf datuk yang lebih layak menjaga cucu-cucu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa