MERDEKA Review Center, agensi kajiselidik yang diketahui condong ke arah PKR, dalam kajian terbarunya menunjukkan kenaikan mendadak populariti Perdana Menteri Najib Tun Razak dari 59% ke 69% dalam tempoh 6 bulan sejak Ogos 2011.
Dapatan kajiselidik yang disiarkan dalam majoriti suratkhabar cina seperti Nanyang Siang Pau dan China Daily ini merupakan satu petanda kurang baik kepada Pakatan Haram. Penulis rasa, PKR terutamanya sudah dapat mencium bahaya dari dapatan kajiselidik ini dan tidak hairan kenapa Pengarah Strategik PKR melancarkan serangan bertali arus ke atas peribadi Perdana Menteri bermula dengan isu pertunangan anaknya.
Dalam soal Rafizi ini penulis ingin menyentuh sedikit. Politik patut dibezakan dengan peribadi, kenyataan Rafizi semalam yang menuntut Najib mengemukakan bukti atas tuduhan yang dibuatnya sendiri, sebenarnya amat memalukan penyokong Pakatan Rakyat dan kelihatan cuba membodohkan rakyat.
Siapa yang menuduh, dialah yang patut mengemukakan bukti, bukan sebaliknya.
Kembali semula pada isu peningkatan populariti Najib. Hasil kajian ringkas penulis, kenaikan populariti ini ada kaitan dengan adu domba UMNO mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan melindungi keselamatan Israel yang disiarkan oleh akhar The Wall Street Journal pada Januari.
Agak mengejutkan bila penyokong Pakatan Rakyat di alam siber memilih untuk membuat tuduhan sama kepada BN, terutama ke atas mantan Perdana Menteri, Mahathir. Akhirnya, kesemua tuduhan ini telah dibuktikan tidak benar lanjutan dari penyiaran surat-surat balasan Mahathir kepada 3 bekas Perdana Menteri Israel dari 1992 hingga 1999.
Walaupun kaedah (menuduh BN semula) ini nampak berjaya pada awalnya tapi tidak siapa antara kita menyangka yang kerajaan akan akhirnya mengklasifikasi semula surat-surat tersebut untuk dilihat oleh semua rakyat – tindakan yang akhirnya terbukti merugikan Pakatan Rakyat....NAMPAKNYA BERTAMBAH MERUDUM LAH POPULARITI ANWAR IBRAHIM SELEPAS INI....
2 comments:
syabas ds najib di atas keputusan yang baik ini. sudah pasti keputusan yang baik datangnya dari gerak kerja yang baik juga. saya yakin pembangkang "goyang" dengan penerimaan rakyat terhadap ds najib ini.
Tahniah PM. Sokongan meningkat bukti penerimaan rakyat...
NURUL IZZAH KENA BALUN DENGAN RAJA NONG CHIK SEBAB HINA KAKITANGAN AWAM. Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment