Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, March 11, 2012

ADUN DAP AYER KEROH ADALAH BOLO PUNYA OLANG!!!




Semasa sesi jawapan lisan pagi Khamis 8 Mac 2012, wakil Ayer Keroh timbulkan sekali lagi isu:

(1)  kadar kemiskinan kononnya bertambah, bukan berkurangan, berdasarkan penerima bantuan kebajikan yang meningkat,

(2) gaji pokok pemandu bas Panorama bawah paras kemiskinan, dan

(3) jurang melebar.

Jawapan:

(1) memang benar bilangan penerima bantuan JKM meningkat; misalnya dari 6,579 pada 2007 kepada 23,163 pada 2010; naik 252%. Dua sebab utama:

a) hasil kerajaan meningkat 30%; dari RM289.2 juta kepada RM375.0 juta dalam tempoh yang sama; maka lebih ramai lagi yang susah boleh dibantu.

b) jenis bantuan baru diperkenalkan pada tahun 2008 kerana nak menjaga kebajikan rakyat sebab rakyat di dahulukan. Bantuan baru itu ialah Elaun Latihan Sambil Belajar, Bantuan Anak Pelihara, Penjaga Pesakit Kronik dan Bantuan OKU Tak Bekerja. Bantuan sedia ada seperti Bantuan Am, Bantuan Kanak Kanak dan Bantuan Orang Tua.

Yang teramai menerima bantuan ialah orang tua iaitu seramai 7,586. Warga emas ini tentulah patut dibantu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa