Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, February 22, 2012

PANAS:PERSAMAAN LOGO JATI DAN PERGERAKAN FREEMANSON DI MALAYSIA!!!


Aku rasa belom sampai tempoh 24 jam JATI dilancarkan, dah macam-macam tomahan yang diterima. Musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjahanamkan perjuangan yang dibawa oleh JATI kerana mungkin mereka rasa terancam dengan kewujudan JATI.

JATI bakal menjadi platform umat Islam dan Melayu bagi membentuk jatidiri ke arah kemantapan Akidah, Syariah dan Akhlak berlandaskan konsep Islam, Melayu dan Raja (IMR).

Pengasasnya, Datuk Dr Hasan Ali dipecat dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan EXCO Agama Selangor kerana tegas dalam melaksanakan hukum Allah di Selangor. Musuh Islam yang tidak senang dengan tindakan Datuk Hasan, segera mengarah kuli-kuli mereka memecatkan Hasan supaya agenda jahat kafir harbi dapat dilaksanakan tanpa gangguan.

Terbaru, sekali lagi musuh Islam menggunakan kuli mereka di alam maya untuk merosakan imej JATI yang baru dilancarkan semalam. Facebooker dan blogger upahan musuh Islam segera menyerang dengan mengatakan logo JATI sama dengan logo syaitan.


Aku pun terfikr sejenak. Kenapa begitu hebat tentangan yang perlu dihadapi oleh JATI? Kenapa musuh Islam ini bersungguh siang malam untuk menjatuhkan imej JATI. Apa yang mereka takutkan dengan JATI???

Aku juga perasan kebanyakan facebooker dan blogger yang menghentam JATI ini adalah orang Islam dan terdiri dari parti yang mengaku memperjuangkan Islam. Sudah tentu sesuatu yang bertentangan dengan hukum Islam jika seorang Islam cuba menjatuhkan dan merosakan perjuangan Islam. 

Bagaimana seseorang yang mengaku Islam mampu bertindak dan berkelakuan sedemikian kepada saudara Islamnya yang lain???

Adakah mereka ini golongan yang berpura-pura sebagai Islam di alam siber dengan tujuan untuk menyesatkan umat Islam???


Adakah golongan ini yang dikatakan sebagai semut hitam di atas batu yang hitam dan bakal membawa kerosakan kepada akidah dan seluruh umat Islam???

Dan jika mereka mempersoalkan logo JATI, apakah selama ini mereka tidak sedar yang logo PKR yang dicipta oleh kumpulan Anwar Ibrahim juga menyerupai The All Seeing Eye (Illmuniti/Freemanson)??

Adakah kumpulan ini takut untuk mempersoalkan logo PKR kerana takut dengan logo dan pengaruh logo tersebut??? 

Adakah golongan ini tidak perasan atau buat-buat ttidak perasan tentang persamaan logo PKR dan logo Freemanson???

Kalau kita waras untuk mentafsir tentu sahaja kita boleh memilih antara yang benar dan palsu. Perjuangan Islam tentu sahaja akan mendapat tentang orang kafir dan percayalah yang benar itu pasti menang!!!

JPX

2 comments:

Anonymous said...

terlampau banyak manusia yg buta hati dan buta perut...

logo haram jadah pkr yg sentiasa menimbulkan kekacauan tak pernah di usik tapi logo jati di hebahkan dgn kata2 nista dan cacian...

kepada jati,

sabar la...sesungguhnya ALLAH TAALA bersama org yg sabar dan ditindas...

aku jugak salah sorang dari ahli jati dimasa yg terdekat nie...
insyaALLAH...

pejuang hamas...

Anonymous said...

musuh islam ada dimana sahaja. apa jadi dengan hasan ali bila bersungguh menegakan islam??
kenapa masa hasan ali dalam pas mereka sanjung dan kini dihina teruk???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa