Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, February 25, 2012

BERITA SERIUS: MEMANG SERIUS KERAJAAN PAS KEDAH DALAM KEADAAN SERIUS


MACAM MANA NI USTAZ????
BARU SATU NEGERI DAH TAK BOLEH JAGA....
BELOM LAGI JAGA SATU MALAYSIA...
KALAU ORANG KAU SENDIRI KAU TAK BOLEH URUS...
APA KAU INGAT KAU BOLEH URUS ORANG DAP???
APA KAU INGAT BOLEH URUS ORANG PKR???
AKU NASIHATKAN KAU BELAJAR URUS ORANG PAS DULU...
DAH PANDAI NANTI...
BARU LER BELAJAR BALIK URUS KERAJAAN NEGERI..
KASIHAN...KASIHAN...

JPX


ALOR SETAR 24 Feb. - Krisis dalaman Pas Kedah dikatakan berada pada tahap amat serius apabila beberapa Exco kerajaan negeri sudah bertekad 'berpatah arang dan berkerat rotan' dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Krisis berkenaan dikatakan menjadi semakin serius kebelakangan ini apabila Exco terlibat dikatakan tidak lagi dapat membendung kekecewaan dengan sikap dan kepimpinan Azizan berhubung pelbagai isu.

Menurut sumber dalaman kerajaan negeri, Pas Kedah tidak berada dalam satu saf kerana terdapat pasukan yang menyokong dan tidak sehaluan dengan kepimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri.

Kata sumber itu, pasukan yang tidak sehaluan dengan Azizan dipercayai diketuai oleh dua orang kuat dalam Pas Kedah.

Mereka dikatakan terbabit dalam usaha halus untuk menyingkirkan Azizan jika pakatan pembangkang terus menguasai negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Saya tidak terkejut jika lebih ramai Exco Pas menyertai pasukan yang menentang Menteri Besar," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, satu sumber lain turut menyifatkan pergolakan yang berlaku dalam Pas Kedah ketika ini bukan satu gimik politik.

Katanya, situasi di dalam Pas Kedah seakan retak yang menanti belah dan sukar bercantum kembali.

Sementara itu, satu sumber mengesahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi sudah mengosongkan biliknya sejak beberapa hari lalu.

Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini tetap enggan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa sekarang berhubung dakwaan beliau antara Exco Kedah yang enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 28 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Siti Aishah Ghazali yang turut dikaitkan namanya dengan dakwaan berkenaan pula mengesahkan akan hadir pada majlis tersebut kerana sudah menerima surat jemputan.

Seorang lagi Exco kanan Kedah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, selaku ahli Pas, beliau akan akur terhadap sebarang arahan daripada pucuk kepimpinan parti.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kepimpinan Kerajaan Pas Kedah sekali lagi berhadapan dengan krisis apabila sekurang-kurangnya empat Exco parti itu dikatakan enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selasa ini.

Krisis terbaru itu dijangka meletakkan Azizan dalam dilema memandangkan tindakan berkenaan dikaitkan dengan usaha memberi tekanan kepada beliau untuk meletakkan jawatan.-UTUSAN

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa