Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, January 08, 2012

SYABAS KU LI: AKHIRNYA DAPAT JUGA JADI PERDANA MENTERI


Laporan akhbar Cina, Sinchew mengatakan Ku Li telahpun dipersetujui untuk dijadikan sebagai PERDANA MENTERI (Interim) kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Menurut sumber yang ditemui oleh Sin Chew, kalangan pimpinan PR telahpun mempersetujui bahawa Ku Li akan dijadikan pengganti Anwar jika mereka memengani Pilihanraya yang akan datang.
Blog ini tidak pasti siapa yang ditemui oleh Sin Chew namun berita ini adalah sesuatu yang sangat tidak relevan dan tepat. Ku Li tidak pernah berada di dalam ‘list’ mereka yang perlu diangkat sebagai pemimpin di dalam PR. Setakat ini, hanya nama Azmin dan Nurul Izzah sahaja yang disebut. PAS juga tidak berani menawarkan diri untuk meletakkan wakil parti tersebut sebagai PM. Menurut survey yang dilakukan PR secara bersama; PAS masih lagi belum mampu menarik perhatian masyarakat bukan Islam – sekaligus menyebabkan parti tersebut ‘handicap’ untuk menjadi PM.
PAS sendiri bersetuju bahawa Izzah membawa peluang yang lebih besar menarik pengundi muda di Malaysia. Walaupun tanpa pengalaman, ianya boleh ditampung dengan tunjuk ajar Azmin, Hadi dan Kit Siang.
Maaf cakap, kepada PR – masa KU LI sudah lama berlalu. He might be a seasoned politician – tetapi not a reformer.
Maka dengan itu, laporan Sin Chew tersebut adalah satu laporan yang ‘hoax’ dan sama sekali tidak benar.
PR sedang bersedia untuk maju ke depan, tanpa atau bersama Anwar. Itu hakikat yang sebenar.
Azmin Ali bersedia menyerahkan ‘ruang’ Perdana Menteri kepada Izzah; tetapi BUKAN kepada Ku Li.
Perjumpaan kepimpinan akan diadakan di hotel Hilton pada 8.1.2012. Antara yang telah maklum hadir ialah Hadi Awang, Hatta Ramli dan Lim Kit Siang. Pada malam tersebut akan diumumkan pemangku Ketua Umum PR iaitu Lim Kit Siang dan Azmin Ali. Dijangka Hadi Awang akan dilantik Ketua Umum PR sekiranya DSAI ditangkap. Ini strategi awal. Berdasarkan build up yang Anwar sudah lakukan di dalam PAS, kalangan Naib-Naib Presiden PAS sendiri akan mencadangkan nama Izzah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa