Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, January 27, 2012

PUAK PAS SILA AMBIL PERHATIAN: INILAH CONTOH NEGERA BERKEBAJIKAN YANG ASLI





KERAJAAN NEGERI MELAKA AMBIL ALIH PERKHIDMATAN BAS  UNTUK BANTU RAKYAT...
HARI TU SEMUA MARAH KERAJAAN MELAKA SEBAB TAK BANTU PENGUSAHA BAS...
BILA KERAJAAN DAH BANTU SORANG TAK BERBUNYI...
SORANG PUN TAK KOMEN...
SORANG PUN TAK UCAP TERIMA KASIH...

KALAU HENTAM BAGIKAN MEREKA...
SALAH SENDIRI PUN SALAHKAN ORANG LAIN...
BAS KAT KELANTAN DAH LAMA TAKDE...
BAS STOP KAT SELANGOR DAH JADI KANDANG KAMBING...
SALAH SENDIRI SIKIT TAK SEBUT...

TAPI YANG PASTI...
KERAJAAN BN LEBIH BERKEBAJIKAN..
PAS BARU NAK BUAT...
BN DAH LAMA LAKSANA..

JPX


MELAKA 26 Jan. - Kerajaan negeri dengan dibantu enam agensi akan mengambil alih pengurusan bas henti-henti di negeri ini selepas usaha menagih simpati daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerusi dana berjumlah RM400 juta ditolak oleh suruhanjaya berkenaan.

Mulai 1 Februari ini, perkhidmatan bas henti-henti yang diuruskan oleh sembilan syarikat itu akan diambil alih sepenuhnya kerajaan negeri melalui PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd. (PMCT) untuk menguruskan perkhidmatan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan drastik itu terpaksa diambil kerajaan negeri selepas segala usaha untuk mendapatkan bantuan SPAD telah ditolak.

"Enam agensi iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Syarikat Pertanian, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Yayasan Melaka, kerajaan negeri dan Perbadanan Ketua Menteri (CMI) berjaya menyumbang sebanyak RM8 juta.

"Sumbangan yang dikumpul itu akan kita gunakan untuk membayar pampasan kepada sembilan syarikat bas yang diambilalih sebanyak RM7.7 juta," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis perjanjian pengambilan operasi bas henti-henti oleh PMCT di Bilik Tun Mutahir, Seri Negeri di sini hari ini.

Sembilan syarikat bas yang menerima pampasan tersebut ialah Town Bus Service, Malacca Omnibus Service, Bas Tai Lye, Patt Hup Transport, Bas Tuah, Batang Bus, Salira Transport & Tours, Roda Juara dan Bas Wira.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, menerusi pengambilan operasi itu, pihaknya menjangkakan kerugian RM14 juta setahun bakal ditanggung oleh kerajaan negeri.

"Kerugian ini akan kita tanggung bersama oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kita tidak ada pilihan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai," katanya.

Beliau menambah, pampasan yang diberikan kepada sembilan syarikat bas tersebut membabitkan pembayaran kepada 118 kakitangan berjumlah RM1.8 juta, pengusaha bas berjumlah RM5.4 juta dan ex-gratia bernilai RM500,000.

Tegasnya, kesemua 118 pekerja termasuk pemandu di sembilan syarikat bas terbabit akan ditawarkan semula bekerja di bawah skim gaji baru yang disediakan oleh PMCT.

Katanya, bas-bas lama berjumlah 110 buah milik syarikat terbabit itu akan digunakan seperti biasa dan perjalanan adalah mengikut laluan asal.

"Dalam tempoh tiga bulan ini, kita tukar kepada bas baru secara berperingkat dengan 30 bas dibeli dan disewa daripada syarikat Scomi Group dan sebagai permulaan sebanyak 10 bas Panorama milik PMCT digunakan untuk menampung keperluan itu," katanya.

Katanya, kerajaan negeri merancang untuk membeli 131 bas baru bagi menggantikan bas yang sudah usang dan tidak sesuai untuk digunakan.

"Saya berharap kawasan yang tidak menguntungkan akan turut disediakan perkhidmatan bas henti-henti bagi memastikan rakyat di luar bandar turut menikmati kemudahan pengangkutan awam," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa