RISALAH HASUTAN REKAAN MEREKA YANG TAKSUB KEPADA PELIWAT |
PIHAK polis kali ini dituntut untuk tidak lagi berlembut dan hanya sekadar memberikan amaran demi amaran bagi mengekang GERAKAN 901 yang sedang dirancang bagi membebaskan Anwar dar tuduhan liwat kerana terbukti sikap lembut polis itu diambil kesempatan oleh kumpulan ini untuk terus memberikan tekanan kepada mahkamah.
Sebagai pasukan yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan mendaulatkan undang-undang Negara,pengalaman BERSIH 2.0 dulu seharusnya dijadikan pengajaran apabila amaran mereka lansung tidak dipedulikan oleh gerombolan pengkhianat yang berselindung di sebalik hak asasi ataupun demokrasi hingga Kuala Lumpur menjadi kacau bilau.
Setakat ini lebih tiga ratus lebih laporan polis telah dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan dalam masa yang sama Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali terus mencabar undang-undang bahawa mereka akan tetap berhimpun dan mengarahkan setiap cawangan parti itu menghantar sekurang-kurangnya 100 ahli bagi menyertai demonstrasi haram ini,jelas mereka langsung tidak peduli dan menghormati arahan ataupun amaran yang pihak polis berikan.
Mengambil kira pengalaman Bersih 2.0 pihak berkuasa gagal menangani demonstrasi itu dengan berkesan dan dilihat prinsip mencegah lebih awal tidak dipraktikan di zaman pemerintahan PM Najib dan Ismai Omar ini dan kita tidak tahu mengapa pihak polis dilihat hanya gemar memberikan amaran demi amaran sedangkan mereka tahu amaran tersebut tidak langsung menakut atau membimbangkan golongan pelampau politik yang taksub kepada Anwar ini.
1 comment:
Himpun ni sekadar nak raih simpati utk peliwat yg terbukti...
Nurul sekadar boneka Azmin? Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment