Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, January 04, 2012

MAHASISWA KENA SAWAN BABI PECAH PINTU KLINIK




KUALA LUMPUR 3 Jan. - Kumpulan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) hari ini mengaku memecahkan pintu masuk Klinik Darussyifa di Tanjung Malim ketika mengadakan perhimpunan haram di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada Ahad lalu.

Pengakuan itu disusuli dengan kenyataan melampau wakil kumpulan mahasiswa terbabit yang menggelar pasukan polis sebagai penjenayah.

Wakil Bebas, Aziq Abdul Aziz berkata, mahasiswa yang mengadakan perhimpunan haram itu bertindak memecah pintu masuk klinik tersebut untuk meminta rawatan dilakukan terhadap rakan mereka iaitu Safwan Anang Talib.

"Memang kami yang memecah pintu Klinik Darussyifa, ini kerana kakitangan klinik bertindak kurang ajar apabila enggan membuka pintu dan merawat rakan kami yang pengsan.

"Selepas ini, Bebas juga akan membuat laporan polis terhadap jenayah yang dilakukan Klinik Darussyifa," dakwa pelajar Universiti Malaya itu selepas membuat laporan polis kononnya pihak berkuasa telah bertindak ganas dalam meleraikan perhimpunan yang diadakan.

Safwan turut hadir di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini hari ini bagi menyokong laporan polis tersebut.
Difahamkan pintu kaca Klinik Darussyifa akan dikunci selepas pukul 12 tengah malam pada setiap hari kerana bimbang berlaku kejadian jenayah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa