Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, January 28, 2012

KESAH BENCANA YANG DIBAWA OLEH ANWAR IBRAHIM DAN RAKAN-RAKANNYA

SUKA SAMA SUKA TAK APA!!!

UNDANG-UNDANG JENAYAH LIWAT SUDAH LAPUK???


Allah berfirman; “Jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu merupakan satu perbuatan yang keji dan buruk” (Surah Al-Isra: 32). 

Selanjutnya Allah berfirman yang bermaksud; “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (Surah An-Nur: 2). 

Manakala Rasulullah s.a.w pernah  bersabda; “Sesiapa yang menemui seseorang melakukan perbuatan kaum Luth a.s (liwat), bunuhlah peliwat dan mangsa liwat yang rela.” (hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud dll). 

Ketiga-tiga peringatan di atas merupakan sebahagian dari tegahan Allah dan RasulNya terhadap bahaya keburukan seks bebas-songsang. Dalam tempoh 2000 - 2008, seramai 257,000 orang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia dengan purata setiap 17 minit akan lahir seorang anak luar nikah di muka bumi Malaysia. Ini bermakna setiap bulan terdapat 83 orang anak luar nikah dilahirkan sehari atau 2,500 orang dilahirkan sebulan. Bagi tempoh 2008 - 2011 yang lalu, berapa ramai pulak? 

Itu yang direkodkan, kalau yang tidak direkodkan bagaimana! Semuanya hasil dari seks bebas. Bila terjadi sebegini kita cepat menyalahkan pemerintah kononnya tidak membenteras gejala sosial ini. Tetapi jarang-jarang sekali kita memikirkan bahawa kaum kuffar yang sebenarnya sengaja ingin menghancurkan akidah umat Islam dan identiti ummah dengan mempromosikan budaya seks bebas songsang seperti persundalan dan persondolan.

Saban hari kita menyaksikan begitu banyak serbuan, tangkapan, penyitaan dan pengusiran dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap sarang-sarang maksiat seluruh negara. Namun, aktiviti maksiat ini semakin menjadi-jadi. Sebaliknya, usaha pihak berkuasa membenteras gejala maksiat ini ditentang habis-habisan oleh golongan yang mengaku kononnya sebagai pejuang hak asasi manusia. Pembela golongan terpesong syahwat ini adakalanya sanggup mendapatkan sokongan asing demi merealisasikan impian mereka agar dapat menikmati keseronokan seks songsang. 

Duit-duit haram hasil maksiat dan perjudian selalunya akan disalurkan kepada NGO-NGO atau pemimpin tertentu yang dipelihara untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak disentuh oleh penguatkuasaan. Para pemimpin yang telah memakan duit-duit haram ini kemudiannya akan mengatakan sebarang undang-undang yang menghukum para penjenayah seksual bebas-songsang ini sebagai lapuk dan ketinggalan zaman kerana ia dibuat oleh penjajah terdahulu yang tidak sesuai dengan kebebasan dan hak asasi sejagat. 

Malah dengan hujah berbelit-belit mereka mengatakan bahawa hukum Al-Quran dan hadis mengenai homoseksual dan zina harus diberi tafsiran semula agar sesuai dengan kehidupan moden. Inilah bukti manusia perosak agama yang hatinya telah sebati dengan duit haram.  

Duit-duit haram hasil perniagaan maksiat ini selalunya akan digunakan dalam apa jua acara pemimpin yang dianggap boleh memperjuangkan hak-hak mereka. Manakala pemimpin tersebut tidak kisah dari mana wang tersebut diperolehi asalkan ada sokongan dan pengikut yang mahu bersama-samanya memperjuangkan kebebasan atas nama keadilan sejagat dan asalkan pemimpin tersebut menjadi seseorang yang dihormati. 

Senario ini merupakan satu perjanjian sulit;  “lu mau duit wa kasi, lu mau undi wa bagi, tapi lu mesti tolong gua, kasi legal itu bisnes, sama-sama untung ma”. Pemimpin yang selalu menerima dan pemakan wang haram ini tidak kisah mengenai perjuangan memartabatkan akidah dan maruah ummah kerana hatinya telah kotor, maka segala tindak tanduknya juga akan kotor dan menjengkelkan.        

Kini kita melihat begitu banyak golongan pengagung dan pengamal budaya seks songsang-bebas di Malaysia. Dengan pelbagai gelaran seperti gay, homo, jambu, toy boy, sotong, pondan, darai, mak nyah, bapuk, anak ikan, gigolo, sugar daddy, pengkid, lesbian, ayam, cikaro entah apa lagi. Hairannya mengapa ramai benar kaum lelaki yang mengidap penyakit kecelaruan seksual berbanding kaum wanita? Lagi pelik ramai kaum lelaki di hadapan wanita kelihatan macha dan macho tetapi sebenarnya masya Allah – suka main belakang beb!

Dari Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki. Dan dalam riwayat lain, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang-orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan. (hadis riwayat Bukhari). 

Biasanya manusia yang mengalami kecelaruan seksual ini tidak kisah apa nak jadi pada agama, bangsa dan negaranya asalkan nafsu songsangnya bebas terlampias. Para pendokongnya pula ramai terdiri dari spesis manusia dan sejenis dengannya. Hanya mereka yang tersongsang seks sahaja yang mengenali kesongsangan seks kaum mereka, sedangkan orang lain yang normal dianggap musuh yang zalim. Bertambah celaru kalau jenis manusia songsang ini didakwa sebagai mujaddid (tokoh pembaharuan) yang akan memberi harapan baru kepada ummah. Nauzubillah! 

Kebanyakkan mereka memang tidak percaya kepada institusi perkahwinan yang sah kerana ia membebankan. Kalau berkahwin pun mereka sering curang. Mereka sebenarnya lebih suka hidup bebas tanpa sebarang ikatan dan sekatan termasuk bebas bercakap apa sahaja yang mereka suka hatta mencarut dan memaki hamun orang lain. Mungkin phobia akibat gangguan seksual zaman persekolahan atau terpengaruh dengan rakan-rakan yang mengamalkan kehidupan seksual songsang. Bila dah ketagih memang susah nak buang tabiat ini walaupun dah berkeluarga atau menjadi manusia ternama.

Kebiasaannya golongan songsang ini memiliki sifat dan penampilan tertentu yang mengambarkan mereka terdiri dari golongan yang mempunyai orientasi seks songsang antaranya seperti lelaki yang suka memakai baju ketat untuk menayangkan otot mereka, bertindik telinga kanan, memakai pakaian wanita, lembut gemalai malah lebih suka bergaul dengan sesama jenis mereka berbanding jantina berbeza. Yang perempuan pulak berperangai sebaliknya. 

Golongan musuh-musuh Islam dah lama ketawa melihat belia-belia muslim yang telah hilang naluri kejantanan mereka kerana mengalami krisis identiti. Maka senanglah mereka menarik golongan pemuda-pemuda secara perlahan-lahan ke arah mengiktiraf amalan seks bebas melalui hiburan yang melekakan. 

Manakala golongan penghibur seperti artis gay dan lesbian pula akan mengambil tempat mempromosikan budaya seks bebas dan songsang. Idealisma kebebasan mula dicanangkan oleh musuh-musuh Islam kepada golongan terpelajar bagi mewujudkan satu pemberontakan belia yang akan menghuru-harakan keadaan, tanpa disedari nasib Islam dan ummahnya sebenarnya berada dalam keadaan bahaya kerana agenda mengiktiraf seks bebas tidak pernah luput seperti mana agenda memurtadkan ummah. Justeru sudah tiba masa kita terus bangkit melakukan jihad menentang kemungkaran ini dari terus berleluasa. Semoga Allah s.w.t menyertai jihad kita. Allahuakhbar!

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa