Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, December 12, 2011

MENTERI BESAR PAHANG BERSUMPAH DIA TIDAK DOT...DOT...DOT...






ANWAR BERANI TAK NAK BERSUMPAH MACAM NI???
APA YANG ANWAR TAKUT SANGAT NAK BERSUMPAH???


JPX

KUANTAN 12 Dis. – Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau dan anggota exco kerajaan negeri tidak mendapat sebarang habuan daripada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di sini.

"Demi Allah, Demi Rasul, saya tidak terima satu sen pun dari Lynas,” kata pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 hari ini.

Sebaliknya, “rakan-rakan” kepada wakil rakyat pembangkang yang memperoleh pelbagai projek pembinaan kilang berkenaan, kata Adnan sambil memegang satu dokumen bagi membuktikan bahawa terdapat projek pembinaan berjumlah RM35 juta, RM25 juta dan RM12.4 yang diberikan kepada mereka yang berkaitan dengan wakil rakyat pembangkang.

Beliau berkata, isu pembinaan kilang itu telah diputarbelitkan dengan pembohongan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan resah gelisah rakyat terutama penduduk di Kuantan.

Adnan berkata, tindakannya menerangkan panjang lebar pada sesi penggulungan pada Bajet 2012 yang menyentuh soal kilang berkenaan adalah kerana terdapat persepsi pihak tertentu kononnya beliau banyak “berdiam diri kerana takut" berhubung isu berkenaan.

Katanya, setakat ini beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan sepenuhnya pihak yang menerima projek itu. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa