Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, November 04, 2011

TIMBALAN PERDANA MENTERI GAJIKAN MAMA BOSAN SEBAGAI SETIAUSAHA AKHBAR???!!!



TQ MIK UNTUK GAMBAR INI.

Cerita pegawai TPM biadap dan tak sopan berlegar di alam siber sejak semalam. Dan pagi ini, MIK telah pun mendedahkan wajah sebenar pegawai TPM yang dikatakan biadap dan kurang sopan itu.

Aku sepenuhnya setuju dengan tindakan MIK yang membuat pendedahan ini. Aku memang tak suka, tak kira siapa yang tak  boleh nak hormat orang lain hanya kerana dia bekerja dengan/untuk seseorang.

Dan kalau dah rezeki dia bekerja untuk TMP, apa hak dia pulak untuk berlaku biadap terhadap orang lain. Aku rasa ramai juga orang yang macam Pegawai TPM ni tapi mungkin ada pihak yang tak mahu cerita panjang.

Dan jika hal ini didedahkan, ianya perlu segera dibawa ke pengetahuan TPM sendiri. Biar dia nilai siapa yang buat kerja untuk dia. 

Biar TPM sendiri tahu kenapa rakyat masih tak mahu sokong UMNO/BN walaupun mereka kerja kuat. Biar TPM tahun bahawa ini semua berpunca dari pekerja dan mereka yang berada di sekelilingnya sendiri. Orang TPM yang buat rosak politiknya sendiri.

Aku rasa TPM kalau tahu mesti kena buang perempuan ni. Aku pernah dengan TPM buang seorang pegawai kanan dia hanya kerana dia gagal laksana tugas dengan baik. Jadi, aku harap TPM dapat bertegas dalam hal ini dan keputusan yang betul dapat dibuat.

Tapi bukan semua pegawai TPM sombong. Aku pernah berurusan dengan seorang pegawai TPM yang pangkat Haji. Memang baik dan rendah diri. Muka senyum dan cakap pun lembut jer. Senang jer berurusan dengan Haji ni. Urusan kerja semua lancar dan teratur jer.

Aku juga sarankan agar Menteri-Menteri yang ada ramai pegawai ni supaya ambil sedikit masa untuk selidik latarbelakang siapa yang bekerja untuk mereka sebenarnya. Bukan nak ajar tapi menteri lebih tahu  buat semua ni kan...???

Jangan hanya kerana pegawai cabuk, pemimpin kita menjadi kebencian rakyat. Semoga insiden ini menjadi pengajaran dan ianya adalah yang terakhir!!!

JPX 

1 comment:

Anonymous said...

OH POMPUAN TU KE..DULU DIA PENAH JD SETIAUSAHA AKHBAR BAWAH JAMALUDDIN JARJIS (MOSTI) PASTU JJ PROMOTE DIA KAT SULTAN PAHANG ANGKAT JADI DATO. BOLEH BLAH LA MAMA BOSAN NI..MMG JENIS LEBIH SUDU DARI KUAH!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa