Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, November 03, 2011

ANDA MAHU ANAK-ANAK ANDA JADI GAY DAN ANDA OK???





KEPADA PEMBACA YANG MASIH TIDAK FAHAM APA ITU SEKSUALITI MERDEKA DAN AGENDANYA, AMBIL MASA UNTUK BACA ARTIKEL DI BAWAH INI. ARTIKEL DICEDOK TERUS DARI WARTA SHUBHI

JPX

Festival Seksualiti Merdeka merupakan acara tahunan yang diadakan pada 1 hingga 13 November 2011 bertempat di Annexe Gallery, KL. Tema pada thun ini adalah "Queer without fear" atau lebih kurang maksudnya  "Jangan takut menjadi janggal" atau "Kejanggalan tanpa rasa takut". Festival pada tahun ini dilancarkan oleh Datuk Ambiga Srineevasan.

Berikut kenyataan resmi mereka terhadap pergerakan tersebut di dalam portal rasmi mereka seksualitimerdeka.com:

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka'untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.


Antara mereka yang mengecam pergerakan tersebut dengan lantang adalah PERKASA yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali. Ramai lagi yang mengecam pergerakan tersebut yang mana ianya tidaklah menghairankan memandangkan persepsi masyarakat Melayu dan Islam terutamanya yang menolak budaya bebas menjamu selera seks mengikut kehendak nafsu.

Walaupun jurucakapnya yang juga merupakan salah seorang pengasas pergerakan tersebut menafikan tujuan mereka mahu menggalakkan budaya homoseks di Malaysia namun hakikatnya adalah sama sahaja iaitu mereka mahukan masyarakat kita menerima mereka yang mempunyai selera homoseks.

Mereka menegaskan bahawa mereka tidak bertujuan untuk membuatkan orang marah sebaliknya mereka hanya mahu hidup gembira dan menerima diri mereka seadanya.

Walau apapun alasannya, kita tetap perlu menolak budaya sonsang seperti itu yang mahu masyarakat menerima sesuatu yang berpenyakit. Seperti sakit kencing manis, tidak ada sesiapa menolak bahawa ia tetap ada dan dihidapi oleh ramai orang di negara kita, tetapi kita sering membuat kempen agar orang ramai berusaha mengelakkan tabiat atau perkara-perkara yang menyebabkan kencing manis, kerana ia bukanlah sesuatu yang perlu disukai atau diraikan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah adanya perkumpulan manusia yang berhimpun untuk meraikan sakit kencing manis sekalipun ramai yang menghidap penyakit tersebut. Tidak pernah ada kumpulan yang menjadikan temasya yang mahu agar masyarakat menerima budaya kencing manis.

Walaupun begitu masyarakat tidak pernah menolak jika ada anggota keluarganya mengidap kencing manis. Kita tidak pernah memulau pengidap kencing manis. Malah mereka yang mengidapnya dibantu untuk menjalani kehidupan agar sihat dengan mengubah cara hidupnya agar menjadi normal seperti biasa.

Begitulah juga dengan masalah mereka yang menghidapi kecelaruan selera seks yang sonsang. Semua tahu ia wujud dan masyarakat berusaha agar kita mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke dalam perangai atau tabiaat seperti itu.

Tidak perlu berpesta dan mendesak orang ramai agar menerima penyakit seperti itu dan mendesak masyarakat berhenti dari berkempen menolak dan mengelakkan diri kita dari masalah itu. Seperti mana kes kencing manis tadi, pengidapnya tidak pernah terlintas untuk mendesak masyarakat berhenti dari mengingatkan orang ramai agar menjauhi kencing manis.

Mohon Allah jauhkan akal fikiran fikiran yang bercelaru dari masyarakat kita...amin.

5 comments:

Anonymous said...

HARAM JADAH PG MAMPUS SEMUA PEJUANG2 KAUM NABI LUTH TU!!! TERUTAMA SI BEGA CELAKA TU!!

Anonymous said...

kebebasan ada had nya. kalau semua perjuangkan hak masing, hak masyarakat sapa nak perjuangkan. kita xnak gejala ni berlarutan. mmg dah ada, kalau kita beri peluang makna kita bertolak ansur dengan perkara ini

Anonymous said...

Ambega gila ni memang dah melampau2, lepas satu, satu musibah dibuatnya. Lucutkan pangkat datuk. Buat malu pemberi pingat jer! Pah tu lucut kerakyatan, biar jadi warganegara Sri lanka ke, India ke? Jangan bagi dok kat Malaysia ni. Nyibuk jer! Jangan asyik bertolak ansur dengan manusia keparat spt ambega paria ni.

Anonymous said...

aku pun nak merogol jugaklah lagu ni. jgn sapa2 nak halang hak dan kebebasan aku untuk merogol....hehe

Unknown said...

KITA PERLU GUNA SEMUA KUASA YANG ADA UNTUK HALANG GOLONGAN INI DIBERIKAN HAK DI BUMI MALAYSIA INI!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa