Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, October 17, 2011

HASSAN ALI UMUM TINGGALKAN PARTI PAS DI UTUSAN MALAYSIA???


1. YB Datuk Hassan Ali adalah insan yang paling lantang dan yang paling hadapan mempertahan JAIS apabila tangan ajaib cuba mengganggu kerja yang telah dilaksanakan oleh JAIS.

2. Hassan yang merupakan Exco Hal Ehwal Islam yang terlibat secara langsung dalam serbuan ke DUMC yang telah menjalankan aktiviti memurtadkan umat Islam. Kegiatan yang telah sekian lama berlaku ini dibenteras keras oleh Hassan dan JAIS memang patut dipuji dan dikekal untuk menjamin kesucian Islam.

3. Namun dalam masa yang sama. jelas diperlihatkan wajah sebenar pemimpin Islam PR Selangor. Mereka tunduk bisu dan tidak berani keluar kenyataan berkaitan isu DUMC. Menteri Besar mengarah semua pihak tutup mulut dan senyap bisu jangan buat kenyataan sehingga hal ini selesai.

4. Pemimpin PAS juga tidak senang dengan tindakan Hassan. Mereka mungkin ditekan oleh DAP Komunis terpaksa memaksa Hassan untuk kawal diri dan tidak terlalu teruja membela umat Islam yang cuba dimurtadkan. Media mereka yang kononnya bebas juga menyekat kes ini  dan Hassan ali terus dilenyapkan dari media-media mereka.

5. Sebaliknya pembangkang menggunakan kes ini sebagai satu alat politik jahat mereka. Dengan menuduh serbuan itu atas arahan UMNO, mereka bersungguh-sungguh mempertahankan pemurtad dan seperti rela saudara sesama Islam mereka dimurtadkan di negeri mereka.

6. Kes ini terpaksa melibatkan campur tangan Istana.Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyokong tindakan Hassan bersama jabatan itu sekali gus menyaksikan apa yang dilakukannya adalah berlandaskan undang-undang.

7. Kini, Hassan telah terbukti benar dalam menjalankan tugas. Namun adakah Hassan sudah sedar siapa kawan dan siapa lawan??? Adakah Hassan pasti dengan "sokongan" PAS Islam akan terus suci di Selangor???  Dan yang paling besar, adakah Hassan yakin PAS adalah perjuang Islam sedangkan apa yang Hassan lakukan (kes DUMC) langsung tidak mendapat sokongan pemimpin PAS itu sendiri????

8. Media pembangkang dan Harakah khususnya dah lama block Hassan Ali. Utusan semalam ada siar satu temubual dengan Hassan berkaitan isu DUMC. Apakah ini antara langkah awal Hassan Ali tinggalkan PAS dan akan menyertai UMNO???

JPX

2 comments:

Anonymous said...

aku kesian kat hassan ali ni sebab masih menyondol lagi dicelah jubur PAS...

baik ko tinggalkan pas sebab keislaman orang tu datang dari hati bukan parti la...

blajar tinggi pun masih bongok...

mula2 kesian aku tengok sebab dok kena hentam dgn pihak atasan pimpinan pakatan rakyat tapi sekarang aku naik jelak bila hassan ali ni taksub sangat dgn pas...

hassan nak masuk umno ker tak yg penting selangor akan dapat balik kat bn...

pejuang hamas...

Unknown said...

setuju jer...
memang kasihan...
dia dah macam bola jer asyik kena tendang. yang paling sedih pemimpin pas sendiri tak sokong dia dan hentam dia sbb perjuangkan Islam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa