1. Hari ini baru masuk 6 Syawal dan kita masih lagi dalam suasana Aidilfitri. sudah menjadi resam umat Islam di Malaysia Aidilfitri untuk kita saling maaf bermaafan dan melupakan kisah silam.
2. Tapi lain pulak ceritanya di Melaka. Seorang pemimpin parti yang kononnya pejuang Islam dengan jahatnya dan angkuh menuduh dan mempersalahkan UMNO di atas kehilangan bannner hari raya parti mereka. >>>DI SINI<<<
3. Pemimpin parti tersebut juga menyatakan bahawa ada unsur sabotaj dan dengki oleh UMNO hingga banner yang mereka pasang itu hilang.
4. Nak kasi senang cerita macam ni, kalau betul dia ada bukti banner itu hilang oleh sebab UMNO pergi report polis. Bawa bukti yang sahih kepada polis dan minta polis jalankan siasatan.
5. Main tuduh-tuduh macam ni tak cantik. Kalau kena pada puak ini, mereka pasti minta bukti ler...saksi ler jadi tak salah kiranya kali ini kita mintak mereka pulak buat semua ni...
6. Kalau betul mereka ini ahli parti Islam, sudah pasti mereka tak main tuduh-tuduh. Mereka akan siasat dan cari bukti kukuh serta saksi yang melihat sebelum tuduhan dibuat.
7. Jadi di sini sudah jelas bahawa parti yang kononnya Islam ini tak lebih dari golongan mereka yang suka kepada fitnah dan pembohongan.
8. JPX nak tanya, mereka ni pasang banner beli permit tak pada PBT???
JPX
1 comment:
kalau tak nampak tak baik tuduh...
Post a Comment