Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, September 09, 2011

GEMPAR: PEMIMPIN PAS NEGERI MELAKA DERA KANAK-KANAK







1. PAS Negeri Melaka nampaknya benar-benar dah sampai kepenghujungnya. Sudahlah pemimpin mereka suka buat bohong dan fitnah, ahlinya pun tinggal sedikit sahaja bilangannya sampai kanak-kanak yang mereka harapkan untuk buat kerja jahat mereka.

2. Berkat Jumaat penghulu semua hari telah memberikan kita satu lagi petunjuk jelas dan nyata mengapa umat Islam dan orang Melayu wajib menolak PAS parti suruhan DAP Komunis ini.

3. Dalam usaha PAS Melaka membuat fitnah dan menyebar pembohongan, mereka telah mempergunakan dan memperalatkan anak-anak yatim. Tenaga anak yatim ini dikerah dan mereka diperintah untuk melaksanakan kerja yang mereka sendiri tidak tahu apa tujuannya.

4. Di Masjid Kampung Ayer Panas, Bemban, Jasin pada hari ini, terdapat sekumpulan anak yatim yang menjadi mangsa politik jahat PAS. 

5. Anak yatim ini dikesan telah dibekalkan dengan flier ceramah PAS dan telah diarahkan oleh mereka yang tak bertanggungjawab untuk mengagihkan flier ini kepada semua yang datang untuk sembahyang Jumaat di masjid tersebut.

6. Anak yatim ini juga diarah untuk mengedarkan fliers ini hingga ke dalam masjid. Keadaan ini menggangu jemaah yang hadir dan ada yang merasa kurang senang dengan perbuatan ini.

7. Bukankah masjid tempat untuk beribadat??? Kenapa PAS gunakan kanak-kanak dan masjid untuk melaksanakan politik jahat mereka??? Dah abis ke orang dewasa dalam PAS di Negeri Melaka??

8. Tindakan PAS Melaka juga dilihat bercanggah dengan falsafah Negera Berkebajikan yang mereka laungkan. Anak yatim patutnya dibela bukannya dipergunakan untuk kerja jahat mereka. Sudahlah Negara Islam sudah tinggal sejarah, Negara Berkebajikan juga dilihat sebagai satu helah politik PAS.

9. Adakah ini tanda yang PAS Melaka sudah benar-benar terdesak dan menghampiri penghujungnya??? Perbuatan mereka ini jelas menunjukan bahawa PAS sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yang mereka mahukan. 

10. Jangan jadikan anak-anak ini mangsa. Mereka terlalu naif untuk tahu semua ini. Jangan rosakkan minda mereka dengan politik jahat anjuran PAS. 

11. Diharap agar semua pembaca dapat menilai apa sebenarnya PAS ini dan memastikan diri kita tidak tertipu dan tergolong dalam golongan seperti mereka.

ADIK BONGSU: "BENDERA APA KITA BAWAK NI BANG???"
ABANG SULONG "NTAH LER, AYAH SURUH BAWAK KITA BAWAK JER..."
ADIK KEDUA " JANGAN BANYAK TANYA DIK, NANTI AYAH PUKUL"
ADIK KETIGA " TAPI BANG, HOMEWORK BELUM SIAP, ADIK TAK NAK NANTI KITA JADI BODOH MACAM AYAH..."


JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa