1. Puas saya membelek buku dan internet untuk memahami erti "Negara Berkebajikan" yang dilaungkan oleh PAS. Baru hari ini saya terjumpa dengan jawapannya.
2. Di kala negara masih belum pulih sepenuhnya daripada krisis ekonomi, di waktu masih terlalu banyak masalah rakyat Kedah belum dapat di selesaikan dan dikala PAS bersungguh nak memadamkan slogan "Negara Islam" dan menggantikannya dengan slogan "Negara Berkebajikan", Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak membuat satu kejutan besar.
3. Dari sumber dalaman yang saya perolehi beserta dengan 3 keping gambar, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Azizan telah membeli sebuah kereta rasmi untuk MB Kedah dengan harga lebih kurang RM 600,000.00.
4. Rupa-rupanya ulamak PAS ini juga punyai nafsu untuk memakai kereta besar dan no plat single digit. Sebenarnya tak salah nak pakai apapun asalkan ianya hasil titik peluh sendiri.
5. Masalahnya kereta ini dibeli menggunakan wang perbendaharaan negeri dan didaftarkan atas nama Kerajaan Negeri Kedah. Yang menyedihkan, setelah kereta ini dibeli, ianya tidak digunakan kerana takut ianya akan dijadikan isu. Tak ke membazir tu namanya!!!
6. Dulu rakyat Kelantan menghentam pemimpin UMNO yg memakai kereta mewah hasil perniagaan dan titik peluh sendiri. Mereka sering membandingkan Pemimpin UMNO dgn Menteri Besar Kelantan yang hanya memakai Fiat buruk.
7. Tapi hari ni PAS memang sudah berubah, bukan takat Azizan, Nik Aziz pun dah beli Mercedes baru guna duit rakyat Kelantan. Kalau ditanya pemimpin PAS kenapa mereka berubah sekarang, jawapan mereka dah boleh diagak...."Rasulullah dulupun guna kuda yang kuat". Apapun.....lain kali jgn mudah tunding kat UMNO.
SUMBER: LOKMAN NOOR BIN ADAM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
12 comments:
Ostat tak tau ni sebonarnyo laie cordik. Boli merc rm600k, sorok kat parking lot ofis dio. Bilo dah dokat nok PRU13, dio pun jual lah merc tu kat dio dongan hargo murah lopas kira depriciation & write down. lopas dio besaro nanti buleh la dio melaram dongan keto merc. dio laie cordik walaupung asyik cakap saya tak tau, tapi dio serbo tahu.
Ostat tak tau ni sebonarnyo laie cordik. Boli merc rm600k, sorok kat parking lot ofis dio. Bilo dah dokat nok PRU13, dio pun jual lah merc tu kat dio dongan hargo murah lopas kira depriciation & write down. lopas dio besaro nanti buleh la dio melaram dongan keto merc. dio laie cordik walaupung asyik cakap saya tak tau, tapi dio serbo tahu.
dulu pun nabi berperang pakai unta pastu ganti dengan kuda yg lagi efisen....hehehe
OSTAT ZIZAN PATUT BELI KERETA MAYAT...HAHAHAH
kalau betul pas nak bina negara berkebajikan, betulkan orang susah, orang miskin di kedah...
ini semua tak fokus..
kejap negara Islam..
kejap negara berkebajikan...
tak tetap pendirian...
ustaz azizan perlu bertaubat...
lah keta ini untk dia dan madu dia kot..dah ade niat pas tu dah beli skrg nak menyorok plak...patut la masuk spital krana sakit jantung....
keta aku pakai bumper kiber carbon berkecai masuk lopak di pendang kedah.duit rm 100 juta dimasuk dlm tabung amanah haram jadah.cermin depan aku retak sebab jalan berkudis sampai lori yg bawa laju angkat batu kecil hinggap kat cermin aku.sapa pun tak nak ganti tapi aku mula bengkak bila si tua ni pakai merc diwaktu jalan raya berkurap pastu ada rakyat miskin tegar yg masih merempat kat kedah.aku cuma bleh tumpang sedih sbb fanatik pas ni kalau pemimpin mreka beli apa pun mereka takbir...mmg tak da akal la puak pas ni...
pejuang hamas...
woi. hampa janganlah kacau. duit kerajaan negeri aku punya. hampa tunggulah duit kerajaan umno persekutuan bagi. duit senggara jalan kerajaan umno persekutuan bagi pun aku simpan buat bekai. ini pulak duit kerajaan negeri. jangan kacau tau. kerajaan aku buat pa pun tak pa. kerajaan umno jangan buat macam kami buat. nanti kami kutuk dalam ceramah. kami tak pa sebab kami tok guru dah jamin syurga. kami tak bagi apa pun tak pa pasai itu rasuah. sebab tu duit tu kami guna kat kami. kerajaan umno bagi tu rasuah. sebab tu kami tak bagi. kami balun kat kami. kami takut rasuah. peeeeeerah.
Tunggu bala dari Allah Taala kepada orang Kedah pasal pemimpin melencong dari ajaranNya.
Nasib hangpa la, bala bukan turun kat satu orang saja, dia mai semua kena...
Macam mana nak percayakan MB Kedah jenis maanusia yg cermat, merendah diri, nafsu tumpul, orang sederhana atau org Allah.
Bagi dia sedikit saja ruang dia mula ganas dgn nafsu kebendaanya.
Orang yg sentiasa ingat Tuhan pastinya malu berkelakuan begini.
Dulu Ustaz sakit yg doakan cepat sembuh. Bila saya tahu nafsu uztaz macam ini. Saya kesal sekesal2nya.
kalau setakat lukman adam yg citer...tak yah ler percaya sangat...buang masa jer
Post a Comment