KUALA LUMPUR 22 Sept. – Selepas
Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang
perempuan warga China Februari lalu, beberapa blog tempatan hari ini menyiarkan
sekeping gambar dipercayai daripada sedutan satu lagi klip video seks dikatakan
melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Blog papagomo.com juga tidak
ketinggalan mendedahkan gambar yang sama
.
Di dalam gambar bertarikh 13
Januari 2011 itu kelihatan seorang lelaki sedang memakai jubah mandi.
Beliau berada berhampiran dengan
katil bersaiz queen yang kelihatan bersepah dan keadaannya tidak ubah seperti
di dalam bilik sebuah hotel.
Menurut blog alamjiwaparadox yang
diolah daripada blog stopthelies sekiranya Anwar mahu menafikan gambar
tersebut, Ketua Pembangkang itu perlu menjawab di mana beliau berada pada 12
hingga 13 Januari 2011 pada jam 8.30 malam (masa dan tarikh mengikut paparan
masa pada gambar).
Ekoran daripada paparan gambar
itu, kesemua blog tersebut mempersoalkan sama ada video seks yang terbaru itu
turut melibatkan Anwar.
‘‘Adakah ini juga video seks yang
melibatkan Anwar Ibrahim? Apakah yang terjadi di dalam video itu? Apakah
aktiviti yang dilakukan oleh Anwar dalam video tersebut?
‘‘ Kepada pemilik video tersebut,
jangan buat kami menunggu terlalu lama. Kami mahu tahu apa yang berlaku
sebenarnya,’’ kata blog- blog berkenaan.- UTUSAN ONLINE
1 comment:
tahniah ler...dah keluau surat kabau..hawau..hahahahah
Post a Comment