Sekurang-kurangnya 500 orang pelajar berbangsa Melayu yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA seluruh negara bakal berhadapan dengan tindakan. Mereka akan DITERAJANG keluar dari IPTA tempat mereka belajar kerana terbabit dalam demonstrasi BERSIH 2.0.
Sewajarnya tindakan sebegitu dilakukan semenjak dari awal lagi. Jangan mereka fikir, mereka adalah pelajar universiti, mereka lebih pandai daripada orang lain dan semua pihak perlu memberikan kebebasan kepada mereka untuk mereka membuat semua perkara terutama yang dihasutkan oleh unsur-unsur subversif.
Hasutan unsur-unsur subversif di kalangan pelajar-pelajar universiti bukan baru. Sudah terlalu lama. Walaupun terdapat larangan yang sangat jelas, namun perkumpulan-perkumpulan kecil, terutama yang diketuai oleh pelajar-pelajar yang memang gila berpolitik, sentiasa wujud di universiti-universiti awam di seluruh negara.
Dek kerana itulah, puak-puak Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh mahu agar kerajaan membenarkan pelajar berpolitik. Sebabnya, mereka sudah pun berada di dalam universiti dan mereka tidak mampu lagi berselindung dengan nama ceramah agama, tazkirah, qiamullail dan sebagainya. Mereka mahu menzahirkan nama parti masing-masing di universiti.
Anehnya, budak-budak Melayu yang masuk ke IPTA kerana 'belas kasihan' dan kerana 'bangsa' mereka, tidak pula sedar diri dan tahu diuntung! Sudahlah teramatlah boleh dibilang dengan jari jumlah pelajar Melayu yang mampu memperolehi ijazah kelas pertama dengan kepujian, tetapi lebih ramai pelajar-pelajar yang berkelulusan seperti Anwar Ibrahim dan Mat Sabu, namun mereka tetap beranggapan bahawa apa yang mereka lakukan sekarang adalah untuk negara!
Elok sangatlah tindakan menerajang mereka keluar dari IPTA... mungkin Pakatan Rakyat mahupun BERSIH 2.0 boleh menunjuk ajar mereka dan memberi teladan bagaimana Pakatan Rakyat boleh mengatasi masalah tersebut. Jangan nanti, penyelesaian masalah yang mampu disediakan oleh Pakatan Rakyat adalah berdemonstrasi dan melalak macam anjing sakit gigi!!!
2 comments:
kelakarlah BN nie....sanggup bertekak ngan parti komponen bagsa lain (MIC,MCA) tu belom DAP punya perangai.. sebab nak kouta pelajar melayu kat IPTA, sanggup pulak hilang undi sebab nak lebih ramai anak bangsa dpt pelajaran tinggi, tapi apa bangsa yg dah diberi peluang ni balas?......aku nak tanya sekor2 pelajar tu, berapa SPM dia, adakah anda layak masuk IPTA kalau ikut merit?
Patut pun diterajang bebudak Melayu yang terlalu banyak bergantung belas ehsan untuk belajar. Belum berjaya lagi dah mula nak gigit jari yang memberi bantuan dan tempat untuk mereka belajar.
Bagi aja kat bangsa Cina ramai-ramai kerana mereka lebih berkelayakan untuk menuntut di IPTA.
Post a Comment