Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, July 28, 2011

KEDAH PERINGKAT PERLANCONGAN DISKO DAN URUT BATIN


ALOR SETAR 27 Julai – Kewujudan pusat-pusat hiburan yang semakin bertambah di bandar raya ini serta Sungai Petani menimbulkan kehairanan memandangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau agak terkejut dengan perkembangan yang menunjukkan selain pusat hiburan, rumah urut juga semakin bertambah di negeri.

“Bila saya lalu kawasan Alor Setar dan Sungai Petani, saya nampak dua kawasan ini tidak ubah seperti di Puchong yang penuh dengan pusat hiburan dan rumah urut.

“Perkara seperti ini tidak berlaku semasa zaman Barisan Nasional (BN) memerintah kerana dulu tak banyak pusat hiburan yang wujud,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sepatutnya kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh pemimpin Pas perlu menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran mereka dengan mengawal pembukaan pusat-pusat hiburan baru.

“Dulu mereka (kerajaan Pas) kata nak tutup pusat hiburan sepanjang Ramadan, namun bila ada tekanan oleh DAP, mereka tarik balik pula arahan ini.

“Ini bukan kali pertama mereka buat demikian kerana sebelum ini apabila kerajaan negeri buat sesuatu keputusan bila terima tekanan, mereka akan tarik balik keputusan mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam reaksinya hari ini menafikan pusat-pusat hiburan serta rumah urut semakin banyak dibuka di negeri ini.

“Ada masa pula Mukhriz datang tengok. Kita tak bagi lesen pun untuk buka pusat hiburan dan rumah urut ini.

“Jika ada pun, mungkin pusat hiburan dan rumah urut tersebut beroperasi secara haram,” katanya.- UTUSAN

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa