BEGINILAH HIDUP BLOGGER....
BERITAHU YANG BETUL PUN ...
ADA ORANG YANG MARAH....
INI MESTI KERJA ORANG YANG TAK BOLEH TERIMA KEBENARAN....
SABAR JER YER...
ALLAH BERSAMA ORANG YANG BENAR...
Dua Lelaki Datang Cari RBF
Saya baru menerima berita dari pengawal keselamatan di kawasan kediaman saya. Katanya ada dua lelaki yang tidak dikenali dan berlagak samseng telah datang ke pondok pengawal tersebut bertanyakan mengenai saya kepada pengawal keselamatan terbabit.
Pengawal berkenaan cuba mengelak untuk menjawab apa-apa pertanyaan mereka, tetapi mereka cuba buat baik dan memujuk pengawal itu.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sebelum ini kejadian seperti itu tidak pernah berlaku semenjak saya menetap di sana selama 12 tahun.
Saya tidak tahu apa puncanya dan saya tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. saya nak pulang ke rumah terlebih dahulu ditemani sekumpulan rakan-rakan untuk berjumpa pengawal keselamatan terbabit dan akan ke balai selepas itu
Cuma saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi peristiwa tersebut bersama rakan-rakan sekalian supaya anda tahu sekiranya berlaku apa-apa terhadap saya selepas ini. Doa anda semua dipohon untuk keselamatan saya. Anak-anak saya masih kecil.
Manalah tahu takut-takut ini adalah tulisan terakhir saya di laman blog ini. Nanti anda semua tertanya-tanya pula kenapa blog ini tidak terisi dan kemana RBF menghilang.
1 comment:
mari kita sama2 doakan rbf ngan gap selamat..insyaAllah Allah akan bantu..
MARI KITA DESAK KERAJAAN HAPUSKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN UNTUK BINA BANGSA MALAYSIA!!!
Post a Comment